rukun islam hadist ke-17 dan 18
Dari Ibnu 'Abbas r.a katanya:" Tatkala Rasulullah SAW mengutus Mu'adz ke negeri Yaman, beliau bersabda:" Engkau akan mendampingi suatu kaum ahli kitab. Pertama-tama, ajaklah mereka menyembah Allah 'Azza wa Jalla. Apabila mereka telah mengenal Allah SWT, sampaikanlah kepada mereka bahawa Allah SWT mewajibkan mereka solat lima waktu sehari semalam. Apabila yang demikian telah mereka lakukan, sampaikanlah kepada mereka bahawa Allah SWT mewajibkan kepada mereka membayar zakat, diambil dari orang-orang kaya dan diberikan kepada orang-orang fakir. Apabila mereka telah mematuhinya, maka laksanakanlah itu dan jauhilah harta mereka yang paling baik."Dari Abu Hurairah r.a katanya:" Setelah Rasulullah SAW wafat, dan Abu Bakar r.a telah diangkat menjadi khalifah, sebahagian bangsa arab kafir kembali. 'Umar bin Khaththab r.a berkata kepada Abu Bakar r.a:" Kenapa Anda hendak perangi orang-orang itu, padahal Rasulullah SAW telah bersabda:" Aku diperintahkan memerangi manusia sehingga mereka mengucapkan kalimah Lailaha illallah." Kerana itu siapa yang telah mengucapkan lailaha illallah harus dilindungi harta dan jiwanya kecuali apabila dia melanggar hukum, dan perhitungannya terserah kepada Allah SWT."Jawab Abu Bakar r.a :" Demi Allah SWT! Akan kuperangi orang-orang yang membeza-bezakan perintah solat dan zakat. Sesungguhnya zakat itu adalah kewajiban mengenai harta. Demi Allah SWT! Sekalipun mereka hanya enggan memberikan tali unta yang pernah mereka berikan kepada Rasulullah SAW, akan aku perangi mereka juga." Jawab 'Umar r.a:" Demi Allah SWT! Allah SWT telah memberikan petunjuk kepada Abu Bakar untuk berperang. Dan sekarang aku yakin, dialah yang benar."
12:17 PM
Monday, September 1, 2008
- msnizam -