Memories of Nobody
my mum is amazing

She wakes up early in the morning with a smile

And she holds my head up high

Don't you ever let anybody put you down

Cos you are my little angel

Then she makes something warm for me to drink

Cos it's cold out there, she thinks

Then she walks me to school, Yes I aint no fool

I just think my Mom is amazing

BRIDGE/CHORUS

She makes me feel

Like I can do anything

and when she's with me

there's no where else, I'd rather be..

After School, she's waiting by the gate

I'm so happy that I just can't wait

To get home to tell her how my day went

And eat the yummy food, only my Mom makes

Then I wind her up cos I don't wanna bath

And we run around the house with a laugh

No matter what I say, she gets her way

I think my Mom is amazing

BRIDGE/CHORUS

In the evening, she tucks me into bed

And I wrap my arms around her head

Then she tells me a tale of a girl far away

Who one day became a princess

I'm so happy, I don't want her to leave

So she lies in bed with me

As I close my eyes, how lucky am I

To have a Mom that's so amazing

BRIDGE/CHORUS

Then I wake up in the morning, she's not there

And I realize she never was

And I'm still here in this lonely orphanage

With so many just like me

And as my dreams begin to fade

I try hard to look forward to my day

But there's a pain in my heart that's a craving

How I wish I had a Mom that's amazing

Would be amazing

7:58 AM
Thursday, August 28, 2008
- msnizam -


rukun islam hadist ke-16
Dari Mu'adz r.a katanya:" Rasulullah SAW mengutusku ke negeri Yaman. Sabda Rasulullah SAW:" Engkau akan mendatangi suatu kaum ahli kitab. Ajaklah mereka mengakui bahawa tiada Tuhan selain Allah SWT dan bahawa aku Rasulullah. Jika mereka telah mematuhi yang demikian, maka ajarkanlah kepada mereka solat lima kali sehari semalam. Jika mereka telah mematuhi yang demikian, ajarkanlah kepada mereka bahawa Allah SWT mewajibkan kepada mereka membayar zakat, diambil daripada orang-orang kaya dan diberikan kepada orang-orang fakir. Jika mereka telah mematuhi yang demikian, maka hati-hatilah engkau terhadap harta mereka yang terbaik (harta yang mereka yang paling mereka cintai, jangan diambil apa-apa daripadanya) Dan jagalah dirimu dari doa orang-orang yang teraniaya kerana antara dia dengan Allah SWT tidak ada dinding."

9:56 PM
Wednesday, August 27, 2008
- msnizam -


rukun islam hadist ke-15
Dari Abu Jamrah r.a katanya:" Aku bertugas menjadi penterjemah Ibnu 'Abbas dengan orang ramai. Pada suatu hari ketika datang kepadanya seorang wanita bertanya perihal 'nabidzil jarri' (minuman keras). Jawab Ibnu 'Abbas :" Sesungguhnya para utusan 'Abdul Qais pernah datang kepada Rasulullah SAW lalu Rasulullah SAW bertanya kepada mereka:" Dari manakah anda semua?" Jawab mereka:" Kami utusan suku Rabi'ah."

"Selamat datang para utusan. Jangan merasa malu-malu,"ujar Rasulullah SAW. Kata mereka:" Ya Rasulullah SAW! Kami datang dari tempat yang jauh. Antara tempat kami dan tempat anda ini terdapat perkampungan suku Mudhar yang masih kafir. Kami tidak dapat datang kepada anda kecuali pada bulan-bulan haram. Kerana itu berilah kami suatu tugas nyata yang akan kami sampaikan kepada orang-orang kampung kami supaya kami masuk syurga." Kata Ibnu 'Abbas:" Rasulullah SAW memerintahkan mereka empat perkara."

Katanya:"Rasulullah SAW memerintahkan mereka supaya beriman dengan Allah SWT , satu-satu-Nya." Rasulullah SAW bertanya:" Tahukah kamu apakah yang dimaksudkan dengan iman?" Jawab mereka:" Allah SWt dan Rasul-Nya sahaja yang tahu." Sabda Rasulullah SAW:" Syahadat (pengakuan) bahawa tiada Tuhan selain Allah SWT dan bahawa Muhammad Rasulullah. Mendirikan solat. Puasa di bulan Ramadhan. Menyerahkan seperlima daripada harta rampasan kepada Baitul Mal. Rasulullah SAW melarang mereka membuat arak di dalam labu, di dalam guci, di dalam pasu kayu dan di dalam belanga yang dicat dengan plinkut." Nah! Ingatlah dan sampaikanlah kepada angkatan sesudah anda!"

11:18 PM
Sunday, August 24, 2008
- msnizam -


rukun islam hadist ke-14
Dari Ibnu 'Abbas r.a katanya:" Utusan 'Abdul Qais datang kepada Rasulullah SAW lalu mereka berkata:" Ya Rasulullah SAW! Kami ini utusan saku Rabi'ah. Antara kampung kami dan tempat tinggal anda [Madinah] terdapat perkampungan suku Mudhar yang masih kafir. Kerana itu kami tidak berkuasa menemui anda kecuali pada bulan haram. Oleh sbab itu berilah kami tugas untuk kami laksanakan dan supaya warga kami dapat pula kami ajak melaksanakannya."


Jawab Rasulullah SAW Aku perintahkan kepada anda sekalian empat perkara dan aku larang empat perkara. Aku perintahkan kepada anda supaya beriman dengan Allah SWT." Kemudian Rasulullah SAW menerangkan perincian beriman dengan Allah SWT kepada mereka. Sabda Rasulullah SAW:" Mengakui bahawa tiada Tuhan selain Allah SWT dan bahawa Muhammad pesuruh Allah SWT, Mendirikan solat, Membayar zakat, Menyerahkan seperlima harta rampasan kepada BaitulMal. Aku larang anda sekalian dari pembuatan arak di dalam labu, guci dari tanah, pasu kayu dan di dalam belanga yang di car dengan plinkut."

11:33 PM
Thursday, August 21, 2008
- msnizam -


rukun islam hadist ke-13
'Ikrimah bin Khalid mengabarkan kepada thawus bahawa seorang lelaki berkata kepada 'Abdullah bin 'Umar r.a katanya:" Kenapa anda tidak pergi berperang?" Jawab 'Abdullah:" Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda bahawa islam dibina atas lima perkara: Pengakuan bahawa tiada Tuhan selain Allah SAW, Mendirikan solat, Membayar zakat, Puasa di bulan Ramadhan, Haji ke Bait."

11:09 PM
Wednesday, August 20, 2008
- msnizam -


rukun islam hadist ke-10,11,12
Dari Ibnu 'Umar r.a, dari Rasulullah SAW sabdanya:" Islam dibina atas lima perkara: Mengesakan Allah SWT, mendirikan solat, membayar zakat, puasa di bulan Ramadhan dan haji. Bertanya seorang lelaki:" Bukankah haji dan puasa Ramadhan?" Jawab 'Umar:" Tidak! tetapi puasa di bulan Ramadhan dan haji. Begitulah yang aku dengar dari Rasulullah SAW."

Dari Ibnu 'Umar r.a, dari Rasulullah SAW sabdanya:" Islam dibina atas lima perkara: Menyembah Allah SWT dan mengkafirkan selain dari-Nya. Mendirikan solat, membayar zakat. Haji ke Bait dan puasa bulan Ramadhan."

Dari 'Abdullah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:" Islam dibina atas lima perkara:" Pengakuan (syahadat) bahawa tidak ada Tuhan selain Allah SWT dan Muhammad hamba-Nya dab Rasul-Nya, mendirikan solat, membayar zakat, haji ke Bait dan puasa di bulan Ramadhan."

11:27 PM
Monday, August 18, 2008
- msnizam -


rukun islam hadist ke-9
Dari Jabir r.a katanya seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW:" Apabila aku telah melakukan semua solat wajib dan berpuasa di bulan Ramadhan, aku halalkan yang halal dan aku haramkan yang haram. Dan tidak aku tambah yang demikian itu dengan yang lain, dapatkah aku masuk syurga?" Jawab Rasulullah SAW:" Ya dapat!" Maka lelaki itu berkata:" Demi Allah SWT! Tidak akan aku tambah yang demikian dengan yang lain."

10:08 PM
Sunday, August 17, 2008
- msnizam -


rukun islam hadist ke-8
Dari Jabir r.a katanya Nu'man bin Qawqal datang bertanya kepada Rasulullah SAW, katanya:" Ya Rasulullah SAW! Bagaimanakah pendapat anda, apabila aku telah melakukan solat wajib, telah mengharamkan yang haram serta menghalalkan apa yang halal, dapatkah aku masuk syurga?" Jawab Rasulullah SAW:" Ya, benar!"

10:48 PM
Saturday, August 16, 2008
- msnizam -


berpakaian tapi telanjang
Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:" Ada dua golongan penduduk neraka yang keduanya belum kelihatan olehku.
1) Kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi yang digunakan untuk memukul orang
2) Wanita-wanita yang berpakaian tetapi sama sahaja dengan bertelanjang (kerana pakaiannya terlalu jarang, terlalu nipis atau tembus dek pandangan mata, terlalu ketat atau berpakaian yang merangsang kaum lelaki kerana sebahagian auratnya terbuka), dan wanita-wanita yang mudah dirayu atau suka merayu, rambut mereka disasak bagaikan punuk unta. Wanita-wanita tersebut tidak dapat masuk syurga, bahkan tidak dapat mencium bau syurga. Padahal bau syurga dapat dicium daripada jarak yang sangat jauh."



11:36 AM
Friday, August 15, 2008
- msnizam -


Lord of Ramadhan :)

5:55 AM

- msnizam -


rukun islam hadist ke-7
Dari Abu Hurairah r.a katanya:" Seorang Arab dusun datang kepada Rasulullah SAW lalu berkata:" Ajarkanlah kepada aku suatu amalan yang apabila aku amalkan maka aku akan masuk syurga kerananya." Jawab Rasulullah SAW:" Sembahlah Allah SWT, jangan persekutukan-Nya dengan sesuatu. Dirikan solat wajib, bayar zakat fardhu dan berpuasalah di bulan Ramadhan."

Kata orang itu:" Demi Allah SWT, yang diriku di tangan-Nya, tidak akan aku tambah dan tidak akan aku kurangi." Ketika orang itu telah berlalu pergi, Rasulullah SAW bersabda:" Siapa yang ingin melihat penduduk syurga, maka lihatlah orang itu."

9:57 PM
Thursday, August 14, 2008
- msnizam -


rukun islam hadist ke-6
Dari Abu Ayyub r.a [ Khalid bin Zaid Al Anshari katanya ] katanya:" Seorang arab dari pedalaman datang kepada Rasulullah SAW ketika beliau sedang dalam perjalanan, lalu orang itu memegang tali unta yang di tunggangi Rasulullah SAW. Katanya:" Ya Rasulullah SAW! Ajarkanlah aku suatu amal yang jika aku amalkan dapat mendekatkan aku kepada syurga dan menjauhkan aku daripada neraka."

Kata Abu Ayyub:" Kerana itu Rasulullah SAW berhenti, kemudian Rasulullah SAW memandang kepada para sahabatnya dan berkata:" Sesungguhnya orang ini telah diberikan taufik." Kemudian Rasulullah SAW berkata kepada orang itu:" Apa kata anda?" Orang itu pun mengulangi pertanyaannya. Maka Rasulullah SAW bersabda:" Sembahlah Allah SWT dan jangan mempersekutukan-Nya dengan sesuatu, tegakkanlah solat, bayarlah zakat dan hubungkanlah silaturrahim." Nah..Sekarang lepaskanlah tali untaku!"

11:07 PM
Sunday, August 10, 2008
- msnizam -


rukun islam hadist ke-5



Dari Anas bin Malik r.a katanya:" Kami dilarang oleh Rasulullah SAW bertanya sesuatu kepadanya. Kerana itu kami mengharapkan kedatangan orang-orang dusun yang cerdas yang hendak bertanya kepada Rasulullah SAW, sehingga kami dapat mendengarkannya. Lantas pada suatu ketika datang seorang lelaki dari penduduk dusun. Dia berkata:" Ya Muhammad! Telah datang kepada kami utusan daripada anda. Dia menyatakan kepada kami bahawa anda adalah utusan Allah SWT. Jawab Rasulullah SAW:" Ya benar!"




Tanya lelaki itu lagi:" Siapa yang menjadikan langit?" Jawab Rasulullah SAW:" Allah SWT!" Dia bertanya lagi:" Siapa yang menjadikan bumi?" Jawab Rasulullah SAW:" Allah SWT!" Tanya lelaki itu lagi:" Siapakah yang memacakkan gunung-ganang ini dan menjadikan segala isinya?" Jawab Rasulullah SAW:" Allah SWT!"




Maka lelaki itu berkata:" Maka demi Yang menjadikan langit dan bumi, dan Yang memacakkan gunung-ganang ini. Sesungguh Allah SWT yang mengutuskan anda?" Jawab Rasulullah SAW:" Ya benar!" Kata lelaki itu:" Utusan anda menyatakan kepada kami bahawa kami wajib solat lima kali sehari semalam." Jawab Rasulullah SAW:" Ya benar!" Ujar lelaki itu:" Demi Tuhan yang telah mengutuskan anda, sesungguhnya Allah SWT kah yang memerintahkan kepada anda?" Jawab Rasulullah SAW:" Ya benar!"




Kata lelaki itu:" Utusan anda menyatakan bahawa kami wajib membayar zakat harta kami." Jawab Rasulullah SAW:" Ya benar!" Kata lelaki itu:" Demi Tuhan yang mengutuskan anda, sungguhkah Allah SWT yang memerintahkan kepada anda?" Jawab Rasulullah SAW:" Ya benar!" Kata lelaki itu:" Utusan anda menyatakan kami wajib berpuasa sebulan Ramadhan setiap tahun." Jawab Rasulullah SAW:" Ya benar!" Kata lelaki itu:" Demi Tuhan yang mengutuskan anda, sungguhkah Allah SWT yang telah memerintahkannya kepada anda?" Jawab Rasulullah SAW:" Ya benar!"




Kata lelaki itu:" Utusan anda juga menyatakan kepada kami bahawa kami wajib menunaikan haji ke Baitullah apabila kami sanggup melaksanakannya." Jawab Rasulullah SAW:" Ya benar!" Kata Anas:" Sesudah itu, lelaki itu berlalu sambil berkata:" Demi Allah SWT yang telah mengutuskan anda dengan kebenaran, aku tidak akan menambah atau mengurangi semuanya." Maka Rasulullah SAW bersabda:" Jika apa yang disebutkannya itu benar-benar ditepatinya, nescaya dia akan masuk syurga."

9:58 PM
Saturday, August 9, 2008
- msnizam -


rukun islam hadist ke-4
Dari Thalhah bin 'Ubaidillah r.a katanya:" Seorang lelaki penduduk Najed datang kepada Rasulullah SAW dengan rambut kusut masai. Kami mendengar suaranya, tetapi tidak jelas bagi kami apa yang dikatakannya. Akhirnya dia mendekati Rasulullah SAW , kiranya dia bertanya perihal Islam. Jawab Rasulullah SAW :" Solat lima waktu sehari semalam." Tanya orang itu:" Adakah kewajiban kami selain itu?" Jawab Rasulullah SAW:" Tidak! Kecuali jika engkau mahu mengerjakan solat sunat."

Kata beliau selanjutnya:" Puasa dibulan Ramadhan." Tanya lelaki itu:" Adakah kewajiba kami selain itu?" Jawab Rasulullah SAW:" Tidak! Kecuali jika engkau mahu mengerjakan puasa sunat." Rasulullah SAW selanjutnya berkata:" Membayar zakat." Tanya lelaki itu:" Adakah kewajiban kami selain itu?" Jawab Rasulullah SAW:" Tidak! Kecuali jika engkau mahu bersedekah." Kata Thalhah:" Kemudian orang itu pergi sambil berkata:" Demi Allah SWT! Apa yang engkau ajarkan itu tidak akan aku tambah dan tidak akan aku kurangkan."

Maka Rasulullah SAW bersabda:" Beruntunglah dia jika apa yang diucapkannya itu benar-benar ditepatinya."

11:04 PM
Thursday, August 7, 2008
- msnizam -


seloka bertudung






Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak 'garis'
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu 'mendung'
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Bila hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat

Dalam tiap perbuatan, kita mulakan dengan niat
Gitu juga bertudung, janganlah konon nak tunjuk taat
Alamat pahala lebur, dosa bertingkat-tingkat
Mentelah pula berfesyen tak kena tempat

Kita memang hidup dalam era serba maju
Sungguhlah iman tak dinilai just ikut baju
Kalau bertudung tapi pakai yang 'gitu-gitu'
Kita pun susah kenal, manusia ke hantu

Banyak salah faham bila mula bertudung
Maknanya no fesyen-fesyen only the baju kurung
No more pant suit, kebaya or kebarung
Dah kalau gitu lebih baik duduk berkurung

Bertudung bergaya biarlah yang sempurna
Tak jadi bahan kutuk, jangan pula menambah dosa
Pun tak usahlah juga terlebih gaya
Islam itu suka yang sederhana

Kenalah pula kita wanita berkerjaya
Fesyen busana muslimah yang paling kena
Kalau rasa nak letak kaler, tu yang paling asas je
Sebab agama sendiri menggalakan kita selesa

Mana tidaknya, bila bekerja kita bergaul semua
Kalau sendiri memandang muka pun layu je
Orang dok mengata, kita pun rasa terhina
Dah kalau 'put color' jangan macam 'rainbow' pula

Siapa kata kita tak boleh berwarna
Tak caya cuba tengok semua pendakwah-pendakwah kita
Ustazah-ustazah mereka tetap juga bubuh kaler
Taklah sampai mengancam, cuma biar nampak 'bernyawa'

Tu sebab kita buat kerja semua dengan niat
Jadi terserah budi bicara tuan punya jasad
Dah kononnya bertudung tapi hati masih jahat
Baik takyah berpura nak tutup aurat

Kalau dah memang rasa nak berubah
Peduli kata orang bukan dia yang susah payah
Asal niat, matlamat dan cara kita istiqamah
Lantak mereka lah kalau nak tergigit lidah

Bersamalah kita mengkaji semula
Pakaian kita yang bagaimana gayanya
Andai belum betul-betul bersedia
Janganlah kita mencemar kesuciannya

Andai terasa hidayah menyinggah
Lakukan yang betul mengikut sunnah
Menutup aurat jangan sekali dirasa payah
Mengapa diperleceh, itukan perintah

Andai dihati redha dan ikhlas
Diwajah Nur terpancar jelas
Walaupun bergaya tak berapa 'kelas'
Asal Tuhan tahu, diakhirat pengorbanan terbalas

Harap maaflah kalau terlalu panjang
Bukan sengaja mereka yang bukan-bukan
Berpantun seloka bukan setakat hiburan
Yang mana betul jadikan pedoman.

2:27 PM

- msnizam -


cutest dance ever :)

12:21 AM

- msnizam -


ketenangan membaca Al-Quran
Dari Al Barra' r.a katanya:" Ada seorang lelaki membaca surah Al-Kahfi dan di dekatnya ada seekor kuda tertambat dengan tali yang panjang. Tiba-tiba datang awan menyelubungi tempat orang itu sehingga kuda tersebut berputar-putar di tambatannya lalu lari. Ketika hari telah pagi, orang itu datang kepada Rasulullah SAW dan menceritakan peristiwa yang di alaminya itu.

Maka Rasulullah SAW bersabda:" Itulah Sakinah (Para malaikat turun membawa ketenangan dan rahmat) bagi pembaca Al-Quran."

11:12 PM
Wednesday, August 6, 2008
- msnizam -


KEMAHUAN ORANG LELAKI YANG HARUS DI KETAHUI OLEH WANITA
Belajar terima lelaki dengan seadanya.

Jangan memaksa keinginan anda untuk mengubah fizikal dan mental seseorang lelaki semata-mata untuk kepentingan diri anda. Sukar untuk seseorang mengubah dirinya menjadi orang lain. Sedialah menerima lelaki dari segi dalaman dan luaran dan jangan membencinya kerana penampilannya tidak memenuhi citarasa anda. Kenalinya dengan lebih dekat untuk lebih serasi dalam perhubungan anda. Menjadi diri sendiri adalah lebih baik daripada hidup dalam kepura-puraan.

Rela megamal sikap memberi dan menerima

Terima lelaki dengan hati terbuka dan pasti dia akan menerima anda dengan hati terbuka juga. Jangan sempitkan hati dan fikiran anda, berilah sebanyak yang anda ada dan anda akan menerima sebanyak yang anda mahukan daripada lelaki.

Mempercayainya untuk dipercayai olehnya

Bukan sesuatu yang mudah untuk mempercayai seseorang atau seseorang untuk mempercayai kita juga. Sedikit demi sedikit tanamkan kepercayaan anda terhadapnya dan lama kelamaan dia juga akan percayakan anda. Jangan lakukan sesuatu yang menyebabkan dia hilang kepercayaan terhadap anda kerana sukar untuk mengembalikan kepercayaannya semula.

Menangkan lelaki untuk mendapat kemenangan

Dalam hubungan suami isteri mesti ada amalan bertolak ansur, jika suami memberi arahan, isteri mesti patuh dan turut arahan tersebut. Apabila masing-masing faham peranan, kehidupan akan lebih terjamin dan jauh daripada pergaduhan. Peranan yang di jalankan dengan baik akan memberi kepuasan kepada kedua-dua pihak.

Lebih bertanggungjawab untuk menikmati kesan peranan anda

Suami adalah ketua dalam rumah tangga, walaupun di pejabat isteri menyandang pangkat lebih besar daripada suami. Suami tetap menjalankan peranan dengan memberikan nafkah zahir dan batin serta mendidik keluarga kepada kehidupan yang memenuhi tuntutan syarak. Isteri juga mesti memainkan peranan seperti yang di anjurkan oleh Islam. Jangan ada yang menyimpang daripada tanggungjawab yang diwajibkan.

Amalkan sikap yang positif

Bersikap hormat menghormati antara suami dengan isteri ketika di rumah atau di pejabat, sekiranya bekerja di tempat yang sama. Jangan tunjukkan kuasa.

Memberi senyuman dengan ikhlas

Lelaki suka apabila isterinya mengukirkan senyuman paling manis setiap kali suami pulang dari kerja. Kepenatan yang dialami sepanjang hari akan terasa hilang sebaik melihat senyuman paling ikhlas yang ditunjukkan oleh isteri. Bukan sahaja mendapat pahala daripada senyuman tersebut tetapi daripada kejujuran itu juga isteri akan memperoleh pahala. Itulah pengikat kasih sayang yang sebenar.

Sapa dengan panggilan manja

Wanita suka suaminya memanggilnya dengan panggilan manja seperti manja, sayang, baby, honey dan sebagainya. Begitu juga dengan suami yang sebenarnya inginkan isteri mereka memanggil dengan panggilan manja.

6:10 AM

- msnizam -


Dosa yang paling besar
Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:" Jauhilah tujuh perkara yang membinasakan : (1) Mempersekutukan Allah SWT sedangkan Dialah yang menjadikanmu. (2) Sihir (3) Membunuh orang yang dilarang membunuhnya kecuali atas alasan yang di benarkan oleh Allah SWT seperti kisas (4) Memakan harta anak yatim (5) Memakan riba (6) Lari dari medan pertempuran (7) Menuduh wanita mu'minah yang baik dan tahu memilihara diri melakukan zina."

Dari 'Abdullah bin 'Amru bin 'Ash r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:" Mencaci ibubapa, termasuk dosa besar." Para sahabat bertanya:" Adakah orang yang mencaci ibubapanya?" Jawab Rasulullah SAW:" Ya, ada! Dicacinya bapa orang lain, lantas orang lain mencaci bapanya pula. Dicacinya ibu orang lain, dan orang itu mencaci ibunya pula."

9:11 PM
Tuesday, August 5, 2008
- msnizam -











I Think Therefore I Am






Free Hit Counters
Free Counter






[UstazFauzi]
[dakwahniaga]
[drmaza]
[PPMK]
[hadistharian]
[NurIman Korea]
[Batch65]
[SurauDYTC]
[Hadist40]
[Al-Quran Online]
[ILuvIslam]
[KalamYgBerbicara]

  • Demi Masa














  • April 2008
    May 2008
    June 2008
    July 2008
    August 2008
    September 2008
    October 2008
    June 2009


    I Think Therefore I Am


    Ghurabaa
  • Ceramah
  • I'm listening to