Memories of Nobody
Mati dalam kalimah Lailaha illallah
Dari 'Ubadah bin Shamit r.a katanya Rasulullah SAW bersabda," Sesiapa yg mengucapkan pengakuan syahadat: Aku mengaku tiada Tuhan selain daripada Allah SWT, tiada sekutu bagi-Nya dan bahawa Muhammad Rasulullah, dan bahawa 'Isa hamba Allah SWT, anak wanita hamba sahaya-Nya dan kalimah-Nya yg ditujukan-Nya kepada Mariam dan Ruh daripada-Nya dan bahawa syurga dan neraka itu ada. Allah akan memasukkannya ke dalam syurga melalui salah satu pintu dari delapan pintu yg dikehendaki-Nya."

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda," Iman mempunyai lebih dari tujuh puluh atau enam puluh cabang. Cabang yg utama ialah mengucapkan ' La ilaha illallah ' dan yg paling rendah ialah menyingkirkan bahaya daripada jalan dan malu adalah salah satu cabang dari Iman."

10:23 PM
Saturday, May 31, 2008
- msnizam -


Rukun islam
Dari Abu Ayyub r.a katanya:" Seorang arab dusun dari pedalaman datang kepada Rasulullah SAW ketika beliau sedang dalam perjalanan lalu orang itu memegang tali kekang unta yg di kederai Rasulullah SAW.

Katanya," Ya Rasulullah SAW! Ajarkanlah aku suatu amal yg dapat mendekatkan aku kepada syurga dan menjauhkan aku dari neraka." Kata Ayyub," Kerana itu Rasulullah SAW berhenti dan kemudian beliau memandang kepada para sahabatnya dan berkata," Sesungguhnya lelaki ini telah diberi taufik." Kemudian Rasulullah SAW berkata kepada orang itu," Apa yg anda kata?" Orang itu pun mengulangi permintaannya. Maka Rasulullah SAW bersabda," Sembahlah Allah SWT dan jangan mempersekutukan-Nya dengan sesuatu, tegakkanlah solat, bayar zakat dan hubungkanlah silaturrahim. Nah! Sekarang lepaskanlah untaku."

5:49 AM
Friday, May 30, 2008
- msnizam -


Solat terawih
Dari 'Urwah binti Zubair katanya 'Aisyah bercerita kepadanya," Rasulullah SAW pernah keluar tengah malam lalu beliau solat di masjid. Mula-mula beliau di ikuti oleh beberapa orang sahabat tetapi mereka mengkhabarkan kepada sahabat-sahabat yg lain bahawa Rasulullah SAW solat di masjid sehingga sahabat-sahabat yg mengikuti beliau bertambah banyak.

Malam kedua beliau keluar pula dan para sahabat bertambah ramai mengikuti beliau solat dan pada malam ketiga masjid sudah penuh dan malam keempat masjid sudah tidak mampu untuk menampung bilangan jemaah yg ramai tetapi Rasulullah SAW tidak keluar lagi kepada mereka. Kerana itu beberapa orang lelaki di antara mereka berkata," Solat!!" Namun Rasulullah SAW tidak keluar daripada rumah mendapatkan mereka sehingga subuh. Setelah selesai solat subuh, beliau menghadap ke arah jemaah, kemudian beliau tasyahud lalu bersabda:" Aku tahu apa yg kamu semua lakukan malam tadi tetapi aku takut kalau solat terawih itu menjadi wajib ke atas anda semua sehingga anda semua tidak sanggup mengerjakannya.

12:19 AM
Thursday, May 29, 2008
- msnizam -


penguasa yg menipu rakyat
Dari Al Hasan r.a katanya," Pada suatu hari, 'Ubaidullah bin Ziyad (ketika itu sudah menjadi Amir atau wali kota di Bashrah) datang berkunjung ke rumah Ma'qil bin Yasar, ketika ma'qil sedang sakit yg menyebabkan kematiannya. Kata Ma'qil kepada Ubaidullah," Akan kusampaikan kepada anda sebuah hadist yg ku dengar sendiri daripada Rasulullah SAW. Kalaulah aku yakin bahawa aku akan hidup lebih lama. tentu hadist ini tidak aku sampaikan kepadamu. Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda," Seorang hamba yg di percayakan Allah SWT memimpin rakyatnya, tetapi dia menipu rakyat, maka jika dia mati, Allah SWT mengharamkan syurga baginya."

12:10 AM

- msnizam -


menjauhi perbuatan yg mendatangkan bahaya
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya syaitan ada baginya bisikan ke hati anak Adam, dan Malaikat juga ada bisikannya; ada pun bisikan syaitan itu ialah galakannya supaya seseorang melakukan kejahatan dan mendustakan kebenaran, dan bisikan Malaikat pula ialah galakannya supaya seseorang mengamalkan kebaikan dan meyakini kebenaranya; oleh itu sesiapa yang terasa bisikan yang baik, maka hendaklah ia mengetahui bahawa perkara itu dari Allah, serta hendaklah ia bersyukur kepada Allah, dan sesiapa yang terasa bisikan yang satu lagi maka hendaklah ia meminta perlindungan Allah dari angkara syaitan."

10:29 PM
Tuesday, May 27, 2008
- msnizam -


istilah kafir bagi yg meninggalkan solat

Dari Jabir r.a katanya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda:" Sesungguhnya tali penghubung antara seseorang dengan syirik dan kafir ialah meninggalkan solat."

10:22 PM

- msnizam -


iman yg terlambat
Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:" Belum akan terjadi kiamat sehingga matahari terbit dari barat. Apabila matahari telah terbit dari barat, manusia akan beriman semuanya tetapi ketika itu imannya tidak berguna lagi yg apabila sebelumnya dia tidak beriman atau tiada berbuat kebajikan dengan imannya itu."

10:19 PM

- msnizam -



9:39 PM
Monday, May 26, 2008
- msnizam -


iman, islam, ihsan, kiamat

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:" Bertanyalah kepadaku!" Kerana itu para sahabat berebut hendak bertanya tetapi tiba-tiba muncul seorang lelaki lalu dia duduk dekat dengan lutut Rasulullah SAW dan bertanya," Apakah yg di katakan islam?"


Jawab Rasulullah SAW," Jangan mempersekutukan Allah SWT dengan sesuatu, mendirikan solat, membayar zakat, dan berpuasa di bulan Ramadhan." Kata lelaki itu," Engkau benar!" Lalu dia bertanya pula," Ya Rasulullah SAW! Apakah yg dikatakan Iman?" Jawab Rasulullah SAW," Beriman dengan Allah SWT, beriman dengan para malaikat, beriman hendak bertemu dengan-Nya, beriman dengan kitab-kitab-Nya, beriman dengan para Rasul-Nya, beriman dengan hari berbangkit, dan beriman dengan kadar semuanya."


"Engkau benar!", ujar lelaki itu. Tanyanya pula," Ya Rasulullah SAW! Apakah yg dikatakan ihsan?" Jawab Rasulullah SAW" Hendaklah engkau takut kepada Allah SWT seolah-olah engkau melihatNya walaupun engkau tidak melihatNya. Sesungguhnya Dia melihatmu." "Engkau benar!", katanya. Tanyanya pula, "Ya Rasulullah SAW! Bilakah terjadinya hari kiamat?" Jawab Rasulullah SAW," Orang yg ditanya tentang hal itu tidak lebih mengetahui daripada yg bertanya. Tetapi akan aku terangkan kepadamu tanda-tandanya:


1) Apabila engkau melihat budak perempuan melahirkan majikannya. Itu salah satu daripada tanda-tandanya.

2)Apabila engkau melihat orang-orang bodoh yg miskin menjadi raja di bumi, itu pun termasuk tanda-tandanya.

3) Apabila engkau melihat gembala-gembala telah bermewah-mewahan di gedung-gedung yg indah, yg demikian juga termasuk tanda-tandanya."


Kemudian ada 5 perkara ghaib yg tidak dapat diketahui orang selain Allah SWT. Lalu Rasulullah SAW membaca ayat: " Sesungguhnya Allah SWT, hanya Dia sahaja yg mengetahui tentang hari kiamat, Dialah yg menurunkan hujan dan yg mengetahui apa yg ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yg dapat mengetahui ( dengan pasti ) apa yg akan dikerjakan besok dan tiada seorang pun pula yg mengetahui di bumi manakah dia akan mati. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." [Luqman:34]


Kemudia lelaki itu pergi. Maka bersabda Rasulullah SAW," Panggillah lelaki itu kembali!" Maka para sahabat berusaha mencarinya tetapi mereka tidak menemuinya lagi. Maka bersabda Rasulullah SAW," Itulah Jibril! Dia sengaja datang hendak mengajarkan agama kepada kamu semua, kerana anda tidak bertanyakannya."

9:09 PM

- msnizam -


ghurabaa'
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`


Ghurabaa` do not bow the foreheads to anyone besides Allah
Ghurabaa` have chosen this to be the motto of life
Ghurabaa` do not bow the foreheads to anyone besides Allah
Ghurabaa` have chosen this to be the motto of life
If you ask about us, then we do not care about the tyrants
We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path
If you ask about us, then we do not care about the tyrants
We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path

Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`

We never care about the chains, rather we'll continue forever
We never care about the chains, rather we'll continue forever
So let us make jihad, and battle, and fight from the start
Ghurabaa`, this is how they are free in the enslaved world
So let us make jihad, and battle, and fight from the start
Ghurabaa`, this is how they are free in the enslaved world

Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`

How many times we remembered a time when we were happy
In the book of Allah, we recite in the morning and the evening
How many times we remembered a time when we were happy
In the book of Allah, we recite in the morning and the evening

Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`

4:41 PM
Sunday, May 25, 2008
- msnizam -


Surah luqman : 16-19
( Luqman berkata ):" Wahai anakku! Sungguh, jika ada ( sesuatu perbuatan ) seberat biji sawi dan berada dalam batu atau di langit atau di bumi, niscaya Allah SWT akan memberinya ( balasan ). Sesungguhnya Allah SWT Maha Halus ( ilmu Allah SWT itu meliputi segala sesuatu bagaimanapun kecilnya ), Maha Teliti.

Wahai anakku! Laksanakanlah solat dan suruhlah ( manusia ) berbuat yg makruf dan cegahlah (mereka ) dari yg mungkar dan bersabarlah terhadap apa yg menimpamu, sesungguhnya yg demikian itu termasuk perkara yg penting.

Dan janganlah kamu memalingkan wajah dari manusia ( kerana sombong ) dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah SWT tidak menyukai orang-orang yg sombong dan membanggakan diri.

Dan sederhanakanlah dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai."

1:26 AM

- msnizam -


dari titik peluh sendiri
Dari Zubair bin Awwam r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:”Apabila kamu menyiapkan seutas tali, lalu pergi mencari kayu api, kemudian dibawanya seikat kayu di punggungnya lalu dijualnya dan Allah memberi kecukupan bagi keinginannya, itulah yang lebih baik baginya daripada ia meminta-minta kepada orang ramai diberi ataupun tidak.”

1:24 AM

- msnizam -


imam dijadikan utk di ikut
Dari Anas bin Malik r.a katanya ," Pada suatu ketika Rasulullah SAW jatuh daripada kuda menyebabkan rusuk kanan beliau luka. Kerana itu kami datang untuk menziarahi beliau dan kebetulan ketika kami sampai, telah masuk waktu solat. Beliau solat mengimami kami sambil duduk dan kami solat mengikuti beliau sambil duduk juga. Setelah selesai solat Rasulullah SAW bersabda:" Sesungguhnya imam itu dijadikan untuk di ikut. Kerana itu apabila imam takbir, takbirlah kamu. Apabila imam sujud, maka sujudlah kamu. Apabila imam bangun, maka bangunlah kamu. Dan apabila imam membaca 'Sami'allahu liman hamidah', maka ucapkanlah 'Rabbana walakal hamdu'. Apabila imam itu solat sambil duduk maka solatlah kamu sambil duduk."

9:27 PM
Friday, May 23, 2008
- msnizam -


As Sajdah
Diriwayatkan Imam Ahmad daripada Jabir r.a berkata:" Rasulullah SAW tidak tidur sehingga beliau membaca surah As-Sajdah dan Al Mulk."

6:54 PM
Thursday, May 22, 2008
- msnizam -


Sebelum bencana datang
Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:" Segerakanlah melakukan amal kebajikan sebelum datangnya bencana yg bagaikan malam gelap gelita. Pagi-pagi seseorang itu masih beriman tetapi petangnya dia sudah kafir. Atau petangnya dia masih beriman tetapi paginya dia sudah kafir. Dijualnya agamanya kerana mengharapkan keuntungan dunia."

7:56 PM
Wednesday, May 21, 2008
- msnizam -


menyempurnakan wudhuk
Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:" Sukakah aku ajarkan kepada kamu semua amal yg dapat menghapuskan dosa dan sekaligus mengangkat darjat?" Jawab kami," Tentu ya Rasulullah SAW!" Sabda beliau:" Menyempurnakan wudhuk di saat-saat segan, membanyakkan langkah ke masjid dan menunggu waktu solat."

12:22 AM

- msnizam -


amanah kunci keamanan
Dari Huzaifah, katanya: “Diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada kami dua buah hadis; salah satu dari padanya telah saya lihat kenyataannya; dan sekarang saya sedang menunggu kenyataan hadis yang kedua. Hadis yang pertama, bahawa amanah itu turun lalu masuk ke lubuk hati orang, Kemudian turun Al-Quran lalu menjadi pedomannya, demikian pula sunnah Rasulullah SAW. Hadis yang kedua, tentang pencabutan amanah.

Kata Rasulullah SAW: “Seseorang tidur sekejap lalu dicabut amanah dari hatinya dan tinggallah bekasnya seperti titik yang kecil; kemudian ia tidur pula lalu dicabut lagi sisa amanah itu, dan hanya tinggal seperti bengkak kecil di telapak tangan yang timbul setelah mengerjakan sesuatu dengan memakai kapak atau sebagai bengkak di kaki kerana memijak bara, isinya hanya sedikit cairan. Pada masa itu kelak hampir saja tak ada lagi amanah dalam masyarakat sehingga dikatakan: “Oh, di sana ada orang yang amanah; kata orang kepadanya; alangkah sabarnya, alangkah baiknya, alangkah cerdiknya; tetapi sebenarnya batin orang itu kosong dari keimanan,

Kata Huzaifah:” Pada masa yang silam, zaman kejujuran itu telah ku alami, sehingga saya biasa berniaga dengan siapa pun; jika dengan orang Muslim ia jujur kerana agamanya, jika dengan orang Nasrani atau Yahudi maka kejujuran itu ada di tangan atasannya.” Adapun zaman sekarang, aku tidak mahu lagi berniaga kecuali dengan si Anu dan si Anu (kerana amanah)”

3:50 PM
Monday, May 19, 2008
- msnizam -


the call
Oleh: shas_uom
Semalam entah mengapa hati ini tidak tenang...semenjak pagi terasakan sesuatu..(sms dikirimkan pada emak)..mak membalas dengan persoalan mengapa..."diri sendiri tidak pasti, manakan dapat membalas semula sms itu".. semenjak membuka website itu, hati ini penuh dengan persoalan, terkadang menitis air mata... persoalan yang tidak mungkin terjawab.. website itu memberitahu segalanya..
"Nasib baik jugalah, Allah nak beri petunjuk kepada ku awal"..Bisikan positif pada diri....Mungkin pernah beberapa kali, tapi diri ini yang sering mengedahkannya..terdetik hati, pada saat inilah, diri patut kembali kepadaNya, sujud memohon ketenangan...agar ia hadir bersama-sama cinta mu..
Solat sunat didirikan, setelah selesai berdoa,..terfikir sejenak.. Seandainya, semasa kita berdoa kita mendengar.....
"Thank you for calling Baitullah, Please Select your language"
Press 1 for English
Press 2 for Arabic
Press 3 for other language
Kemudian, kita dengar pula yang ni...
Press 1 for "Requesting"
Press 2 for "Expressing Gratitude"
Press 3 for "Complaining"
Press 4 for "Expressing Sadness"
Press 5 for "other preferences" Atau....
Bagaimana pula kita dengar seperti ini: "At the moment, all angels are helping other customers. Please be patient"
Atau mungkin juga ini : "Our system Showed that you have made one request. Please try again tomorrow." atau...
"Our services closed on Sunday. Please call us tomorrow after 9 o'clock in the morning. Thank You"
Alhamdulillah. .. Allah SWT mengasihi hambaNya, kita dapat menelefon-Nya setiap saat!!! Tiada had masa, tiada pencarian coverage ,dan tiada "talian sibuk" Talian terus , tanpa Operator tanpa Perantara, tanpa bil. :D mahupun perantaraan bahasa!
Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara peribadi. Setiap hari Allah menerima panggilan yang entah berjuta-juta banyaknya.. dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun!!!.. Hebatnya kekuasaan Allah, manakan penciptaan manusia dapat menandingi Dia...
"Your Lord has neither forsaken you nor hated you.." Ad-duha:3

3:49 AM

- msnizam -


Copy paste
Lelaki A: Aku rasa aku bukan mengalami konflik percintaan.
Lelaki B: Habis tu?
Lelaki A: Aku rasa aku mengalami konflik keagamaan. Konflik dalam diri sendiri dan sekitar.
Lelaki B: Maksud kau?
Lelaki A: Aku tak rasa konflik percintaan yg mengheret aku ke dalam masalah sekarang ni tetapi di sebabkan masalah keagamaan.
Lelaki B: Hurmm?
Lelaki A: Selama ni aku rasa aku rindu kat minah so aku cari dia tapi sekarang aku dah sedar, aku bukan cari minah tu sebab rindu tapi sebab aku nak kan pengisian utk hati aku.
Lelaki B: Aku tak paham apa yg kau maksud kan. Cuba kau terangkan sikit.
Lelaki A: Kau perasan tak selama ni kita hidup dlm yg mati? Yg sebenarnya kita ni hanyut dengan hal-hal dunia?
Lelaki B: Ok..Teruskan. Aku mendengar.
Lelaki A: Sama ada kau sedar atau tidak, selama ni kita banyak mementingkan hal-hal dunia daripada hal-hal akhirat. Kita semua, kebanyakannya mengejarkan dunia. Sampaikan bila kita mengajak kepada solat jemaah, ramai diantara kita yg memandang pelik.
Lelaki B: Betul betul.
Lelaki A: Bila computer aku play Surah Yassin before masuk azan, ada antara kawan kita yg datang and stop kan bacaan then play youtube. Lepas tu pulak, bila masuk azan ja, dia pergi exitkan azan then teruskan dengan youtube.
Lelaki B: Hurmmm….
Lelaki A: Ingat tak bila kita nasihat kawan kita tentang aurat perempuan. Suruh dia pakai pakaian longgar and labuhkan tudung? Kan dia kata tak sampai hidayah Allah SWT nak suruh dia buat macam tu lagi. Kita gagal nasihatkan kawan kita daripada dye rambut, buka tudung, tindik-tindik.
Lelaki B: Hurmmm…
Lelaki A: Ramai diantara kita yg dah mula semakin bersosial. Memanglah tak salah bersosial tapi macam dah mula tak ada batas-batas dalam perbezaan jantina. Ramai diantara kita yg menganggap pergi wayang tu perkara biasa tapi tak ada yg nak melangkah datang ke usrah bila ada usrah. Kita anggap perkara biasa lelaki jalan di belakang perempuan sedangkan perempuan tu pakai seluar jeans ketat, baju sendat singkat. Ramai yg antara kita anggap pelik and rimas bila orang cakap tentang agama sebab diorang dah biasa dengan gossip-gosip ja.
Lelaki B: A ar..hurmmm
Lelaki A: Perasan tak perbezaan kawan-kawan kita dengan orang-orang lain? Orang-orang lain bila habis exam, beramai- ramai datang ke usrah tapi kawan-kawan kita? Habis-habis ja exam terus pergi shopping. Orang-orang lain couple-couple juga tapi bila makwe pergi usrah, makwe tak lupa ajak pakwe datang sekali dengar tapi kawan-kawan kita? Makwe ajak date ada la. Setiap kesalahan yg kita buat pasti ada titik hitam kat hati, lama-lama nanti, hati jadi buta. Kau rasa ramai tak yg berfikir macam kita fakir sekarang?
Lelaki B: Entah la. Ada tu ada la kot tapi diorang tak berani kot nak dakwah. Tapi aku tak paham, apa kaitan antara konflik cinta ngan konflik agama? Tak nampak pun.
Lelaki A: Selama ni aku rasa aku rindu kat dia tapi sekarang aku rasa aku sedar, aku bukan nya rindukan dia sangat tapi aku tak tenang dengan persekitaran aku yg sangat lain dari persekitaran dia.
Lelaki B: Hidup dalam yg mati?
Lelaki A: A ar. So aku cari dia untuk beri pengisian rohani, tapi tu la, selama ni aku tak sedar kenapa aku cari dia. Sekarang aku dah tahu. Sebab aku tak jumpa ketenangan. Aku Cuma tenang bila baca Al-Quran ja. Tapi dia kata, aku tak tenang juga kalau bergantung pada dia sebab aku mestilah mengadu pada Allah SWT.
Lelaki B: Habis tu?
Lelaki A: Sekarang aku dah sedar mana yg selama ni aku terlepas pandang. Aku sebenarnya risaukan tentang orang sekeliling aku. Even bila kawan kita buka aurat pun, perkara pertama aku terfikir ialah macam mana nanti aku kat akhirat nanti. Macam mana aku nak jawab pada Allah SWT. Seolah-olah tak ada orang yg memberi peringatan kat kawan kita tu tentang hokum menutup aurat.
Lelaki B: Hidup dalam yg mati. Cuba la kau terangkan sikit. Blur la..
Lelaki A: Apabila kau hidup dalam kelompok manusia yg kafir atau pun yg mengaku beriman tapi tidak menjalankan perintah Allah SWT. Yang buta hatinya. Yang memahami tentang hokum membuka aurat tapi langgar juga. Tahu tentang batas lelaki perempuan tapi langgar juga. Yang meremehkan solat.
Lelaki B: hurmmm..buta hati?
Lelaki A: A ar..Hidup dalam yg mati. Kalau bahasa kasarnya. Hidup dalam golongan yg lalai.
Lelaki B: Habis tu?
Lelaki A: Tu la sebabnya aku tak tenang. Aku dah jumpa kunci kepada masalah aku selama ni. Aku kena tanamkan matlamat. Aku kena betulkan arah mulai dari sekarang. Kau bersama aku atau sama ja dengan ‘orang-orang mati?’
Lelaki B: Hehe…Aku sama dengan kau.

3:27 AM

- msnizam -


Muslim yg baik
Dari Anas r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:" Ada tiga perkara apabila terdapat di dalam diri seseorang maka dia akan merasakan bagaimana manisnya iman. Mencintai Allah SWT dan Rasul-Nya melebihi daripada mencintai orang lain. Mencintai orang lain kerana Allah SWT semata-mata. Dan benci menjadi kafir semula setelah Allah SWT melepaskannya daripada kekafirannya sebagaimana dia benci akan dilemparkan kedalam api neraka."

12:31 AM

- msnizam -


takbir dan mengangkat tangan
Dari Malik katanya Rasulullah SAW bersabda:" Bila Rasulullah SAW takbir untuk solat, beliau mengangkat kedua tangannya hingga setentang dengan kedua telinga beliau dan apabila beliau hendak rukuk, diangkatnya pula kedua tangannya setentang dengan kedua telinganya. Dan apabila beliau mengangkat kepala dari rukuk, beliau membaca ' Sami' allahu liman hamidah' sambil mengangkat kedua tangannya seperti itu pula."

9:40 PM
Saturday, May 17, 2008
- msnizam -


janganlah meminta-minta
Dari Mu'awiyah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:" Janganlah kamu meminta-minta. Demi Allah SWT! Tidak seorang pun yg meminta daripada aku yg tidak aku berikan kepadanya tetapi seorang yg aku beri dengan hati enggan maka pemberianku itu tidak berkat baginya."

1:38 AM

- msnizam -



Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya :” Apabila Nabi SAW memberitahu sebuah pernyataan, baginda mengulanginya sampai tiga kali hingga orang ramai dapat memahami dan mengerti perkataannya dengan baik dan setiap kali nabi meminta izin untuk masuk (ke dalam rumah, ia mengetuk pintu) tiga kali dan mengucapkan salam.”

1:54 AM
Friday, May 16, 2008
- msnizam -


small deeds

12:16 AM

- msnizam -


Mengatakan orang muslim kafir
Dari Ibnu 'Umar r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:" Siapa yg berkata kepada saudaranya," Hai Kafir!!", maka ucapannya itu kembali kepada salah seorang darinya. Jika apa yg di ucapkan itu benar maka ucapan itu tertuju kepada orang yg di panggil tetapi jikalau ucapannya tidak benar maka ucapan itu tertuju kepada yg menyebutnya."

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda," Janganlah kamu membenci bapamu kerana siapa yg membenci bapanya maka dia kafir."

6:38 PM
Thursday, May 15, 2008
- msnizam -


Muslim yg baik
Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:" Kamu tidak akan masuk syurga sehinggalah kamu beriman dan kamu belum dikatakan seorang mukmin sehinggalah kamu kasih mengasihi antara satu sama lain. Mahukah kamu aku tunjukkan jalan utk berkasih-kasihan? Galakkanlah salam antara kamu."

Dari 'Abdullah bin Mas'ud r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:" Tidak seorang pun diantara Nabi-nabi yg telah diutuskan oleh Allah SWT sebelumku, pasti didalam umatnya terdapat golongan Hawariyun ( sahabat-sahabat yg selalu patuh dan taat setia, waspada dan berjuang untuk agama ) dan para sahabat yg terbina dengan pimpinannya serta patuh pada perintahnya. Setelah berlalu beberapa masa, mereka digantikan oleh angkatan baru yg pandai berkata tetapi tidak melakukannya, bahkan mengerjakan apa yg tidak diperintahkan kepada mereka.

Maka siapa yg berjuang menentang mereka dngan tangannya, itulah orang mukmin. Dan siapa yg berjuang menentang mereka dengan lidahnya, dia juga orang mukmin dan siapa yg menentang mereka dengan hatinya, dia itu juga orang mukmin. Sesudah itu tidak ada lagi iman walaupun seberat biji bayam."

8:05 PM
Wednesday, May 14, 2008
- msnizam -


wanita solehah

Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin). Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

5:19 PM
Tuesday, May 13, 2008
- msnizam -


Apabila santapan sudah dihidangkan
Dari Anas bin Malik r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:" Apabila santapan malam sudah terhidang sedangkan solat sudah diqamatkan, maka dahulukanlah makan malam dan jangan tergesa-gesa."

Dari Ibnu 'Umar r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:" Apabila makan malam sudah terhidang sedangkan solat sudah diqamatkan, maka makanlah dahulu dan jangan tergesa-gesa sampai kamu selesai makan."

Dari Ibnu 'Atiq r.a katanya," Pada suatu hari aku bercakap-cakap dengan Qasim ( putera Muhammad bin Abu Bakar As Siddiq. Dia seorang Ahli Fiqih yg terkenal di negeri Hijaz dan termasuk salah seorang Fuqaha yg tujuh, yg menjadi sumber tersebarnya Ilmu Fiqih dan Fatwa-Fatwa. Sayangnya dia kurang teratur berbicara.) Dia seorang yg kurang teratur berbicaradan satu-satunya anak bagi ibunya (anak tunggal).

'Aishah r.a bertanya kepadanya," Mengapa kau tidak boleh berbicara seperti anak saudaraku? Aku tahu kenapa. Ini disebabkan dia di didik oleh ibunya dan kau di didik oleh ibumu." Qasim marah dan jengkel kepada 'Aishah. Bila dia melihat 'Aishah menghidangkan makanan, dia berlalu pergi.

Maka di tanya oleh 'Aishah kepadanya:" Hendak kemanakah kamu?" Jawab Qasim," Hendak menunaikan solat." Kata 'Aishah," Makanlah dulu." Kata Qasim semula," Aku hendak menunaikan solat." Kata 'Aishah," Duduklah dahulu! Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:" Tidak sempurna solat seseorang apabila dia tidak makan sedangkan makanan sudah dihidangkan atau apabila dia menahan untuk membuang air besar atau kecil."

5:02 PM

- msnizam -


Sebaik-baik orang yang berhijrah
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr r.a: “ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang maksudnya:” Seorang Muslim adalah orang yang tidak merugikan Muslim lainnya dengan lidah, mahupun dengan kedua tangannya. Dan seorang Muhajir (orang yang berhijrah) adalah orang yang meninggalkan semua larangan Allah SWT.”

6:39 PM
Monday, May 12, 2008
- msnizam -


i only fear my lord
Has there ever been a time when it was time to pray,
And you were...
With a group of people at that time of day,
Maybe with a group a buddies who know nothing bout
Salat, Or yet a...
Teacher or a boss,
someone you do respect a lot.
And you wished to take a moment,
but you knew not what to say,
Your afraid that they will look back in that funny type of way.
Da fellows kinda loco, from somewhere in morocco,
A backwards brotha man,
to respect him is a no-no.
Fear in your eyes,
you feel the butterflies,
You feel the aprehension and you want to compromise.
They will...
Think that I'm an ignorant, lowly type of indigent,
Camel riding, always fighting, crazy kinda immigranat.
You stay and do not pray because you fear what they will say,
You forget Allah is greater than a person made of clay.
Lord of all the heavens and lord of all the sky,
And you go and fear a creature that is someday gonna die.
I think we underestimate, who controls our very fate,
We say that hes our lord, but we forget that he is very great.
Cause Allah is always with us doesnt matter where we are,
Now you feel so confidant cause you only fear Allah,

I only fear my lord Allah,
I only fear my lord Allah.

Fee Fie Fo Fum, Boom here I come,
You think I'm gonna fear you, when I'm scared of no human.
Of course I do respect and give my love to everyone,
But I fear nobody but Allah until my live it done.
I believe Allah is one, with no partner and no son,
I really do respect you, so I hope you understand.
Your religion may be different but yo, mine is Al-Islam.
I know what my Lord wants from me by reading the Quran.
A guide to every man, go read it if you can,
But I'll never go against it even if you beat me dumb.
I'm proud to be Mus-lum, I think it lotta fun,
The best way to explain is that its not a religion.
A whole way of living, the best way of giving.
A perfect sensiblity and stop to misbehavin'
So I'll never never ever, put you higher than my Lord,
Cause I only fear Allah, and with this I'm reassured.

I only fear my lord Allah,
I only fear my lord Allah

I'm thinking about the muslims who are so willing to represent,
Cause some of them giving the da'wa,
Giving the word whereever they went.
Bringing the people to Qur'an, whatever they do their faith is strong,
Helping to show the true Islam, cause here in the states they show it wrong.
I really like to hear, that Muslims everwhere,
Are not afraid to go to school with cool Islamic wear,
That sisters never fear, to become hijabi there,
Brother with Islam caps, steada gike gear.
No pressure from their peers, they keep their mind clear,
Now folks who think Muslims are terrorists are getting rare.
So I aint no chicken, afraid of a licken*
Afraid to represent and be down with the mission*
Like Bilal the companion, when the time care around,
Never feared no-one, he never backed down.
Like Omar mukhtar,I wanna go far,
I gotta keep in mind that I only fear Allah.

I only fear my lord Allah,
I only fear my lord Allah

2:13 AM

- msnizam -


Rasulullah SAW dan wahyu
Diriwayatkan daripada Aisyah r.a: Harits bin Hisyam bertanya kepada Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah! Bagaimana wahyu Allah SWT diturunkan kepada mu?” Rasulullah SAW menjawab:” Kadang-kadang ia diturunkan seperti bunyi sebuah loceng. Dari berbagai-bagai cara wahyu diturunkan, cara inilah yang paling berat dan kemudian suara (loceng) itu menghilang setelah aku menerima wahyu itu. Kadang-kadang malaikat menemui ku dalam keadaan wujud seorang lelaki dan berbicara kepada ku dan aku mengingati apa yang ia katakan. Aisyah r.a menambah: “ Ketika nabi SAW sedang menerima wahyu pada suatu hari yang dingin aku melihat peluh berjatuhan dari dahinya hingga wahyu itu selesai diturunkan Allah SWT.”

2:18 PM
Sunday, May 11, 2008
- msnizam -


Tasbih, Tahmid dan takbir
Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:" Siapa yg bertasbih 33 kali, tahmid 33 kali, takbir 33 kali, jadi jumlahnya 99 kali kemudian dia cukupkannya seratus dengan menyebut : Lailaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamduwa huwa 'ala kulli syai in qadir ( Tidak ada Tuhan selain Allah SWT, satu-satunya, tidak ada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya lah kerajaan, dan pujian dan Dia Maha Kuasa atas segala-galanya.) maka di ampuni Allah SWT kesalahannya walaupun sebanyak buih di lautan."

8:29 PM
Saturday, May 10, 2008
- msnizam -


Do'a Iftitah
Dari Abu Hurairah r.a katanya:" Biasanya Rasulullah SAW diam seketika ketika selesai takbir pertama iaitu sebelum membaca Al-Fatihah. Lalu kutanyakan kepada beliau," Ya Rasulullah SAW!! Apakah yg anda baca ketika anda diam seketika antara takbir dan membaca Al-Fatihah?"
Jawab beliau," Aku membaca : Allahumma ba'id baini wabaina khathayaya, kama ba'adta bainal masyriqi wal maghribi. Allahumma naqqini min khatbaya kama yunaqqats tsaubul abyadhu minad danasi. Allahumma aghsilni min khatbayaya bits tsalji wal ma-i wal baradi.( Wahai Allah SWT!! Jauhkanlah aku dari segala dosa sebagaimana Engkau menjauhkan timur dan barat. Wahai Allah SWT!! Sucikanlah aku dari segala dosa-dosaku sebagaimana kain putih dicuci dari kotoran. Wahai Allah SWT !! Bersihkanlah aku dari segala dosaku dengan salju, dengan air dan dengan ais."

Dari Anas r.a katanya:" Seorang lelaki datang dengan tergesa-gesa lalu dia masuk ke dalam shaf. Sesudah itu dia membaca:" Alhamdulillahi hamdan katsiran thayyiban mubarakan fihi.( Puji-pijian bagi Allah SWT sebanyak-banyaknya, baik dan berkat)."

Ketika Rasulullah SAW selesai solat, beliau bertanya," Siapakah yg membaca kalimat itu tadi?" Jemaah berdiam sahaja, tidak ada seorang pun yg menyahut. Rasulullah SAW bertanya kembali," Siapakah yg membaca kalimat tadi. Sesungguhnya bacaan tadi tidak salah." Lelaki itu berkata," Aku tergesa-gesa lalu kubaca kalimat itu." Sabda Rasulullah SAW," Aku melihat dua belas malaikat berebut-rebut hendak membawanya ke hadirat Allah SWT."

Dari Ibnu 'Umar r.a katanya," Ketika kami sedang solat berjemaah bersama-sama dengan Rasulullah SAW, tiba-tiba datang seorang lelaki kedalam jemaah dan kemudian membaca:" Allahu Akbar kabiran wal hamdulillahi kasiran wa subhanallahi bukratan wa ashila ( Allah SWT Maha Besar, sempurna besar. Segala puji Allah SWT sebanyak-banyaknya, Maha Suci Dia pagi dan petang.)" Maka bertanya baginda," Sapakah yg membaca kalimat itu tadi?" Jawab lelaki itu," Aku ya Rasulullah SAW!" Sabda Rasulullah SAW," Aku kagum terhadap kalimat itu, kerananya dibukakan segala pintu langit." Kata Ibnu 'Umar r.a," Aku tidak pernah lupa membaca kalimat itu semenjak aku dengar Rasulullah SAW membacanya."

9:35 PM
Friday, May 9, 2008
- msnizam -


makan dan minum dengan tangan kanan

Dari Jabir r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:" Janganlah kamu makan dengan tangan kiri kerana hanya syaitan yg makan dengan tangan kiri."


Dari Ibnu 'Umar r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:" Apabila kamu makan dan minum, makan dan minumlah dengan tangan kanan kerana hanya syaitan yg makan dan minum dengan tangan kiri."

4:47 PM
Thursday, May 8, 2008
- msnizam -


hargai jasa mak

11:56 PM
Wednesday, May 7, 2008
- msnizam -


bid'ah menyapu muka selepas solat
Artikel ini adalah sebuah salinan secara ringkas dari perbahasan berkenaan sekitar persoalan adakah menyapu muka ketika selepas salam (selepas solat) itu suatu yang disunnahkan, juga turut mengupas apakah menyapu/mengusap muka sebaik sahaja selepas berdoa itu memiliki contoh dari sunnah yang sahih atau tidak.

Mari ikuti.Berdasarkan fatwa Imam asy-Syafie rahimahullah. Beliau menentang perbuatan tersebut (menyapu muka) sebagaimana dijelaskan oleh beliau rahimahullah melalui hadis yang terdapat dalam kitab Al-Umm yang menjelaskan supaya tangan kita adalah tetap di atas peha ketika semasa dan selepas salam (membawa maksud tiada perbuatan menyapu muka):

عَنْ جَابِرِ بْنِ سَمْرَة قَالَ : كُنَّا مَعَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَاِذَا سَلمَ قَالَ اَحَدُنَا بِيَدِهِ عَنْ يَمِيْنِهِ وَعَنْ شِمَالِهِ : السلام عليكم ، السلام عليكم . وَاَشَارَ بِيَدِهِ عَنْ يَمِيْنِهِ وَعَنْ شِمَالِهِ . فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَا بَالَكُمْ تُومئونَ بِاَيْدِيَكُمْ كَاَنَّهَا اَذْنَابُ خَيْلٍ شُمْسٍ اَوْ لاَيَكْفِى اَوْ اِنَّمَا يَكْفِى اَحَدُكُمْ اَنْ يَضَعَ يَدهُ عَلَى فَخِذِهِ ثُمَّ يُسَلِّمُ عَنْ يَمِيْنِهِ وَعَنْ شِمَالِهِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ ، السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله

“Dari Jabir bin Samrah berkata: Semasa kami solat bersama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam, maka ketika baginda memberi salam, berkata salah seorang dari kami dengan tangannya ke kanannya dan ke kirinya dan mengucapkan: As-salamu ‘alaikum, as-salamu ‘alaikum, dan mengisyaratkan dengan tangannya ke kanan dan ke kiri. Maka Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Apa terjadi kepada kamu, mengisyaratkan dengan tangan kamu, tak ubah seperti ekor kuda yang mabuk, tidakkah memadai atau sesungguhnya memadai seseorang kamu meletakkan tangannya di atas pehanya semasa memberi salam ke kanannya dan ke kirinya seraya mengucapkan: As-salamu ‘alaikum wa-rahmatullah, as-salamu ‘alaikum wa-rahmatullah”. (Lihat: al-Umm. Jld. 1. Hlm. 122. Hadis ini diriwayatkan oleh Riwayat Muslim)

Adapun yang ditegah oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam pada hadis di atas ialah menggerakkan tangan kanannya ke kanan ketika menoleh ke kanan dan menggerakkan tangan kirinya ke kiri ketika menoleh ke kiri.

Hal ini setelah dilihat oleh baginda, kemudian baginda bertanya yang berupa larangan:

“Mengapa kamu menggerakkan tangan kamu seperti gerakan ekor kuda yang lari terbirit-birit dikejar binatang buas? Apabila seseorang antara kamu mengucapkan salam, hendaklah ia berpaling kepada temannya dan tidak perlu menggerakkan tangannya. Maka ketika mereka solat bersama Rasulullah, mereka tidak melakukannya lagi”. (Lihat: Sifat Solat Nabi. Hlm. 236)

Pada riwayat yang lain baginda bersabda:
“Seseorang antara kamu cukup meletakkan tangannya di atas pahanya, kemudian ia mengucapkan salam dengan berpaling kepada saudaranya yang di sebelah kanan dan saudaranya yang di sebelah kiri”. (Hadis Riwayat Muslim, Abu ‘Awanah, Siraj, Ibnu Khuzaimah dan at-Thabrani)


Menggerakkan tangan ke kanan atau ke kiri sebagai tanda penutup atau selesainya solat telah ditegah oleh Rasulullah s.a.w. sendiri. Maka menyapu tengkuk, kepala dan kemudian muka di setiap kali selesai memberi salam adalah juga merupakan sebagai tanda, isyarat atau sebagai penutup solat. Melakukan pekerjaan tersebut adalah bid’ah kerana menyerupai perbuatan mereka (yang menggerakkan tangannya ke kanan dan ke kiri) yang ditegah oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam, malah tidak ada hujjah yang sahih mengizinkan perbuatan tersebut. Perbuatan serupa itu adalah bertentangan dengan sunnah Rasulullah dan para sahabat. Maka ia wajib ditinggalkan.

Jelas, ianya tiada ditunjukkan contohnya oleh Rasulullah.Al-Mawarzi di dalam kitab al-Witr (hal. 236) berkata, “Ahmad bin Hanbal (imam Ahmad (w. 248H)) menyatakan, dari Abu Dawud,
“Aku pernah mendengar bahawa Ahmad ditanya tentang seseorang mengusap mukanya dengan kedua tangan jika telah selesai solat witr, ia berkata,
“Aku belum pernah mendengar sedikit pun berkenaan dengan hal itu, sedangkan aku menyaksikan bahawa Ahmad tidak melakukan hal itu (mengusap muka selepas solat).”


copy from:
http://jefriharris.blogspot.com/

9:57 PM

- msnizam -


memenuhi undangan
Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasululah SAW bersabda:" Apabila kamu diundang menghadiri suatu jamuan, maka hendaklah dia hadirinya. Jika kamu sedang berpuasa, maka bersolatlah dan jika kamu tidak berpuasa, maka makanlah."

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:" Seburuk-buruk makanan ialah makanan pesta, apabila orang-orang yg di jemput hanyalah orang-orang kaya sahaja sedangkan orang-orang miskin tidak di jemput. Siapa yg tidak memenuhi sesuatu undangan, sesungguhnya dia telah mendurhakai Allah SWT dan Rasul-Nya."

9:49 PM

- msnizam -


Perlukah Kenal Sebelum Berkahwin?

Dalam beberapa forum dan sesi perkongsian pengalaman tentang pembinaan rumahtangga, rasanya ini antara soalan-soalan yang sering diutarakan oleh golongan remaja dan belia. Sehinggakan dalam satu pengisian yang pernah saya sampaikan kepada pelajar-pelajar sebuah sekolah menengah swasta di Shah Alam, soalan yang sama juga ditanya oleh pelajar tingkatan 1. Nampaknya isu mengenali pasangan menjadi kerunsingan golongan remaja hari ini.


Positifnya; kebimbangan ini akan membawa sifat berhati-hati ketika memilih pasangan. Perkahwinan adalah ikatan jangka panjang. Ia tidak seperti persahabatan biasa.


Negatifnya; ia akan membawa kepada sikap ‘mengada-ngada’ ketika memilih pasangan. Lebih teruk jika ia membawa kepada keluar bersama dan perhubungan lelaki wanita yang tidak syar’ie.


Mengenali pasangan sebelum meminang adalah sunnah Rasulullah s.a.w. Islam agama fitrah. Keserasian pasangan perlu diambil kira sebelum mendirikan rumahtangga. Rasululllah s.a.w. menyuruh seorang lelaki yang menyatakan keinginannya untuk berkahwin dengan seorang wanita Ansar agar melihat mata pasangannya sebelum mengahwininya. “Lihatlah wajahnya. Sesungguhnya mata wanita Ansar ada sesuatu.”(Riwayat Muslim). Imam Nawawi berpendapat ini mungkin kerana mata wanita Ansar agak kecil jika dibandingkan dengan mata bangsa lain. Mungkin takut sahabat tersebut tidak ‘serasi’ dengan saiz mata yang kecil.


Jumhur ulama’ menggalakkan agar dilihat muka dan dua tapak tangan. Tetapi Imam Auza’ie meminta agar dilihat anggota badan yang berisi (dalam keadaan menutup aurat). Rasulullah s.a.w. juga menyuruh umatnya memilih pasangan yang boleh melahirkan zuriat. “Pilihlah yang akan melahirkan anak.” (Riwayat Ibnu Majah). Banyaknya yang kena diperhatikan!


Tetapi ini semua tidak menghalalkan perhubungan yang ‘aktif’ di antara lelaki dan wanita semata-mata dengan alasan untuk mengenali sifat-sifat lahiriah, sifat-sifat dalaman dan sejarah keluarga bakal pasangannya. Syariat perlu dipelihara daripada awal, sebelum proses pertunangan lagi jika kita inginkan sebuah rumahtangga yang baik.


Mengenali pasangan sebelum melakukan pilihan tiada salahnya jika cara yang digunakan untuk perkenalan itu bertepatan dengan syara’. Kerana itu ada ulama’ yang berpendapat untuk melihat wajah dan dua tapak bakal pasangannya dia perlu mendapatkan keizinan dari empunya badan terlebih dahulu. Nampak macam kurang praktikal, tetapi beginilah seriusnya ulama’ silam di dalam mengamalkan syariat. Matlamat tidak sekali-kali akan menghalalkan cara.


Imam Nawawi mencadangkan suatu yang lain. Katanya: “Ulama’-ulama’ di dalam mazhab Imam Syafie berkata: Jika dia tidak boleh melihat, disunatkan agar dia mewakilkan seorang wanita lain yang dipercayai untuk melihat wanita tersebut dan menceritakan kembali kepadanya.” Persaksian dari ibu bapa, ahli keluarga dan rakan-rakan yang sudah mendirikan rumahtangga boleh dijadikan sebagai satu sumber. Ramai yang boleh menjadi wakil.


Nampak praktikal, tapi cara ini mungkin tidak diminati oleh ramai remaja dan belia. Apa pun, pilihlah cara yang bertepatan syariat. Jangan sekali-kali meniru Barat di dalam isu ini. Barat pergi terlalu jauh di dalam usaha mengenali bakal pasangan sehingga ke peringkat ‘test’ dulu sebelum berkahwin.


Syariat tidak akan sekali-kali membenarkan itu atau apa-apa juga yang seumpamanya.
copy from:
http://satuperkongsian.wordpress.com/

12:09 AM

- msnizam -


Al-Quran Sebagai Pemberi Syafaat Di Hari Akhirat
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Bacalah al- Quran kerana ia akan datang pada Hari Akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.”

11:02 PM
Tuesday, May 6, 2008
- msnizam -


Haram saling mendengki,tidak peduli,saling marah
Dari Abu Ayyub Al Anshari r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:" Tidak halal bagi seorang muslim tidak bersapaan dengan saudaranya yg lain( sesama muslim ) lebih daripada tiga malam. Keduanya saling bertemu juga tapi mereka saling bersikap acuh tidak acuh antara satu sama lain. Yang paling baik diantara mereka ialah yg lebih dulu memberi salam."

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:" Hindarilah prasangka kerana prasangka itu berita yg paling bohong. Jangan saling mencari-cari keburukan orang. Jangan saling mengorek rahsia orang dan saling menyaingi. Jangan saling mendengki. Jangan saling marah dan jangan saling acuh tidak acuh. Tetapi jadilah kamu semua bersaudara sebagai hamba-hamba Allah SWT."

10:53 PM

- msnizam -


tak tahan lagi

Tak tahan lagi,

ingin bertemu,

berjuta kata,

ingin ku ucap

S’lama kau pergi,

tak ada lagi,

teman dalam sepiku

Pulang dan dekap,

wajah yang murung,

serpihan rindu,

ingin ku sapu

Sepiku hilang,

saat kau hadir,

menepis semua gundah

Bisakah engkau,

menundukkan wajah

Coba berfikir dari sisi aku

Pernahkah engkau merasakan rindu

Sampai menggigil seperti ku ini

jarak membentang,

tak urungkan niat

Menanti kekasih setianya aku

7:39 PM

- msnizam -


bacaan ketika ziarah kubur
Dari Muhammad bin Qais bin Makhraman bin Muththalib bahawa pada suatu hari dia berkata, " Sukakah kamu aku ceritakan padamu suatu peristiwa mengenai diriku dan ibuku (Aishah)- kamu sangka ibu yg melahirkannya- katanya 'Aishah r.a berkata: Sukakah kamu kuceritakan mengenai aku dengan Rasulullah SAW?"

Jawab kami," Tentu suka,ya Ummul Mukminin." Katanya, " Pada suatu malam ketika giliran Rasulullah SAW di rumahku, setelah beliau menanggalkan pakaiannya dan meletakkan terompahnya dekat kaki dan membentangkan pinggir jubahnya lalu beliau berbaring. Setelah beberapa lama kemudian dan barangkali beliau menyangkaku sudah tidur, lalu beliau ambil baju dan terompahnya, dibukanya pintu perlahan-lahan dan kemudian ditutupnya perlahan-lahan. Menyaksikan beliau seperti itu, aku memakai pakaianku dan ku tutup kepalaku dengan kain. Kemudian aku ikuti beliau dari belakang hingga sampai ke Baqi' ( Tanah perkuburan kaum muslimin di pinggiran kota Makkah ).

Sampai di sana beliau berdiri agak lama kemudian beliau mengangkat kedua tangannya tiga kali. Sesudah itu beliau pulang ke rumah. Aku pun segera pulang ke rumah. Apabila dia berjalan laju, aku pun berjalan lebih laju. Apabila dia berlari-lari kecil, aku pun demikian pula. ketika beliau sampai di rumah,aku sudah pun terlebih dahulu sampai ke rumah. Aku segera masuk ke dalam rumah dan segera berbaring.

Setelah itu beliau masuk dan bertanya kepadaku," Kenapa engkau, hai 'Aishah? Aku dengar nafasmu tercungap-cungap." Jawabku," Tidak ada apa-apa, ya Rasulullah SAW!" Kata beliau kepadaku," Ceritakanlah kepada ku atau Allah SWT yg akan menceritakan kepadaku."

Jawabku," Demi bapa dan emakku!!" Lalu aku menceritakan kepada beliau apa yg telah terjadi. Kata beliau," Kalau begitu, bayang hitam yg aku lihat td adalah engkaulah 'Aishah."

Aku menjawab," Benar ya Rasulullah SAW. Lalu beliau menolak dadaku sehingga terasa sakit olehku. Kemudian beliau berkata, " Apakah engkau masih curiga, Allah SWT dan Rasul-Nya akan curang terhadapmu?" Jawabku" Setiap apa yg di rahsiakan manusia,Allah SWT mengetahuinya juga." Kemudian beliau menceritakan kenapa beliau keluar.

Katanya," tadi Jibril datang tetapi kerana dia melihat ada engkau, dia memanggilku perlahan-lahan sehingga tidak terdengar olehmu dan aku menjawab panggilannya sehingga engkau tidak mendengar aku menjawab. Dia tidak masuk kerumah kerana engkau tidak berpakaian dan aku ingatkan engkau sudah tidur, kerana itu aku segan untuk mengejutkan engkau, khuatir engkau akan kesepian.

Jbril berkata kepadaku," Allah SWT memerintahkan supaya aku datang ke Baqi' untuk memohon ampun kepada para penghuninya." "Lalu apa yg harus aku ucapkan sesampai aku disana?", tanya Rasulullah SAW kepada Jibril. Jawab Jibril," Ucapkanlah: assalamu 'ala ahid di yari minal mu'minina wal muslimina. wa yarhamullahul mustaqdimina minna wal musta'khirina, wa inna in-sya Allahu bikum lalahiqun."( semoga keselamatan tercurah bagi penduduk kampung orang-orang mukmin dan muslimin ini. Dan semoga Allah SWT memberi nikmat kepada orang-orang yg telah mendahului kami dan orang-orang yg kemudian. dan kami iAllah akan menyusul kamu sekalian.)

11:07 PM
Monday, May 5, 2008
- msnizam -






http://wear.wordpress.com/


5:10 PM

- msnizam -


Solat satu rakaat sebelum habis waktu
Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:" Siapa dapat solat satu rakaat sebelum habisnya waktu, bererti dia telah mendapatkan solat itu sepenuhnya."

1:18 AM

- msnizam -


sekurang-kurang maskahwin( mahar )
Dari Sahal bin Sa'ad As Sa'idi r.a katanya," Seorang perempuan datang kepada Rasulullah SAW lalu dia berkata:" Aku datang menyerahkan diriku kepada anda."

Kerana itu Rasulullah SAW melihat perempuan itu daripada atas sehingga ke bawah. Kemudian beliau diam sambil menundukkan kepalanya. Apabila perempuan itu melihat Rasulullah SAW tidak memberi apa-apa jawaban, dia pun duduk. Maka berdirilah seorang lelaki sambil berkata:" Ya Rasulullah SAW! Jika anda tidak berkehendakkan perempuan itu, nikahkanlah dia dengan aku."

Rasulullah SAW bertanya:" Adakah engkau mempunyai sesuatu sebagai maskahwinnya?" Jawab lelaki itu," Tidak ! Demi Allah SWT ya Rasulullah SAW!" Sabda Rasulullah SAW," Pergilah kepada keluargamu, carilah sesuatu.Mungkin kau akan menemui sesuatu."

Maka pergilah lelaki itu. Setelah dia kembali, dia berkata," Demi Allah SWT! Tiada satu pun yg aku temui untuk maskahwinnya." Maka bersabda Rasulullah SAW," Cubalah engkau cari-cari lagi, walaupun hanya sebentuk cincin besi."

Lalu pergilah lelaki itu dan setelah dia kembali, dia berkata," Demi Allah SWT! Tidak ada apa-apa ya Rasulullah SAW walaupun sebentuk cincin besi. Yang ada hanya kain sarungku ini.(Kata Sahal, lelaki itu tidak punya kain sarung selain apa yg dipakainya). Akan kuberikan separuh kepadanya."

Jawab Rasulullah SAW," Apa yg dapat engkau buat dengan kain sarungmu itu. Jika engkau pakai, dia tidak akan memakai. Dan jika dia memakai kain sarung itu, kau tidak mempunyai apa-apa." Kerana itu, maka duduklah lelaki itu. Setelah agak lama dia duduk, maka dia berdiri. Rasulullah SAW melihat lelaki itu pergi lalu baginda menyuruh supaya dipanggil semula lelaki itu.

Setelah lelaki itu datang, Rasulullah SAW bersabda," Surah apakah yg engkau hafal daripada surah-surah Al-Quran?" Jawabnya," Aku hafal surah sekian sekian ." Tanya Rasulullah SAW," Dapatkah engkau hafal surah itu di luar kepalamu?"

Jawab lelaki itu," Ya!" Sabda Rasulullah SAW," Engkau bawalah dia! Aku kahwinkan engkau dengannya, dengan mahar mengajarkan Al-Quran yg engkau hafal kepadanya."

6:17 PM
Saturday, May 3, 2008
- msnizam -


Masih boleh makan sehingga terbit fajar.
Dari Samurah bin Jundub r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:" Janganlah kamu terpedaya ( untuk tidak bersahur ) oleh adzan Bilal waktu sahur dan janganlah pula kerana cahaya putih ini( fajar kadzib ) sampai dia tersebar."

Dari Samurah bin Jundab r.a, dia berkhutbah menyampaikan hadist yg Rasulullah SAW sampaikan:" Janganlah kamu terhalang untuk makan sahur oleh adzan Bilal dan jangan pula oleh cahaya putih ini sehingga terbit fajar ( siddik )."

6:10 PM

- msnizam -


mimpi baik dan buruk
Dari Abu Qatadah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:" Mimpi yg baik datang daripada Allah SWT dan mimpi yg buruk datang daripada syaitan. Maka siapa yg bermimpi yg dibencinya, hendaklah dia meludah ke kiri dan kemudian berlindung kepada Allah SWT dari kejahatan syaitan, nescaya tidak akan membahayakannya. Dan jangan diceritakan mimpi itu kepada sesiapa pun. Maka siapa yg bermimpi dengan mimpi yg buruk , bergembiralah dan jangan diceritakan kepada sesiapa pun kecuali kepada orang yg dia kasihi."

9:46 PM
Friday, May 2, 2008
- msnizam -


Mengulum jari-jari selepas makan
Dari Jabir r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:" Apabila suapanmu jatuh, ambillah kembali lalu buangkan bahagian yg kotor dan makanlah bahagian yg bersih. Jangan dibiarkan ia di makan oleh syaitan dan janganlah kamu sapu tangan kamu dengan kain sehingga kamu kulum jari-jarimu. Kerana kamu tidak tahu makanan mana yg membawa berkah."

9:33 PM

- msnizam -


Lelaki dan perempuan dilarang berdua di tempat sunyi
Dari Ibnu 'Abbas r.a katanya dia mendengar Rasulullah SAW berkhutbah,sabdanya:" Seorang lelaki tidak boleh berada di tempat sunyi dengan seorang perempuan kecuali harus ditemani muhrim.Begitu pula seorang perempuan tidak boleh berjalan sendirian tanpa ditemani muhrim."

Tiba-tiba bangun seorang lelaki, lalu dia bertanya" Ya Rasulullah SAW! Isteriku hendak menunaikan haji sedangkan aku ditugaskan pergi berperang ke sana ke sini, bagaimanakah itu ya Rasulullah SAW?". Jawab Rasulullah SAW:" Pergilah kamu haji bersama isterimu!"

1:35 AM

- msnizam -


keutamaan orang yg hafal Al-Quran

Dari Abu Musa Al asy'ari r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:" Perumpamaan orang mukmin yg membaca Al-Quran ialah seperti jeruk manis.Baunya harum dan rasanya manis.Dan perumpamaan orang mukmin yg tidak membaca Al-Quran ialah seperti kurma, tidak berbau tetapi rasanya manis. Dan perumpamaan orang orang munafik yg membaca Al-Quran seperti kemangi, baunya harum tapi rasanya pahit. Dan perumpamaan orang munafik yg tidak membaca Al-Quran ialah seperti peria, tidak berbau dan rasanya pahit."


Dari 'Aishah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:" Orang yg mahir membaca Al-Quran , maka kedudukannya di akhirat di temani dengan malaikat-malaikat yg mulia. Dan orang-orang yg membaca Al-Quran tetapi dia gagap sehingga sulit baginya membaca, maka dia mendapat pahala ganda."

4:44 PM
Thursday, May 1, 2008
- msnizam -


kalau wanita keluar mani
Dari Anas bin Malik r.a katanya: " Ummu Sulaim datang bertanya kepada Rasulullah SAW dan ketika itu Aishah sedang berada di dekat beliau. Katanya, " Ya Rasulullah SAW! Bagaimana kalau seorang perempuan bermimpi seperti mana orang lelaki bermimpi, lalu dia melihat sesuatu ( mani ) keluar dari dirinya?". Aishah menyela," Hai Ummu Sulaim! Pertanyaan anda memalukan kaum wanita. Celaka!". Kata Rasulullah SAW kepada Aishah," Bahkan engkaulah yg celaka!" . Dan selanjutnya Rasulullah SAW menyatakan, "Ya, perempuan yg bermimpi hendaklah dia mandi, kalau dia memang melihat mani itu keluar dari dirinya."

Dari Tsauban katanya," Pada suatu waktu, ketika aku sedang berdiri dekat dengan Rasulullah SAW, tiba-tiba datang seorang pendeta Yahudi, seraya dia mengucapkan salam:" Assalamualaikum ya ,Muhammad!". Lalu pendeta itu aku tolak sehingga dia hampir jatuh. Katanya," Kenapa engkau tolak aku?"

Jawabku," Apa berat sangatkah untuk kau menyebut 'Ya Rasulullah SAW'?". Kata Yahudi itu," Bukankah aku telah memanggilnya dengan nama yg diberikan oleh keluarganya?". Kata Rasulullah SAW, " Ya, namaku Muhammad! Dan itulah nama yg diberikan oleh keluargaku kepadaku." Kata Yahudi," Aku sengaja datang hendak bertanya kepada anda."

Jawab Rasulullah SAW," Akan adakah gunanya jika aku menjawab pertanyaanmu itu?".
Yahudi menjawab:" Akan aku dengar dengan kedua belah telingaku." Rasulullah SAW menggaris-garis tongkatnya di atas tanah-agaknya beliau sedang berfikir atau sedang menunggu wahyu lalu beliau berkata:" Silakanlah bertanya!"

Yahudi bertanya:" Dimanakah manusia akan berada pada ketika hari penggantian bumi dan langit dengan bumi dan langit yg lain?". Rasulullah SAW menjawab:" Mereka akan berada dalam kegelapan dekat suatu jambatan." Yahudi bertanya:" Siapakah yg pertama akan melalui jambatan itu?" Rasulullah SAW menjawab:" Kaum Muhajirin yg miskin-miskin."

Yahudi bertanya:" Apa yg mereka makan ketika mula-mula masuk kedalam syurga?" Rasulullah SAW menjawab:" Hujung hati ikan." Yahudi bertanya:" Apa yg mereka makan sesudah itu?" Rasulullah SAW menjawab:" Disembelihkan utk mereka lembu syurga yg digembala di pinggir-pinggir syurga itu."

Yahudi bertanya:" Apa minuman mereka disana?" Rasulullah SAW menjawab:" Air mata air yg disebut 'Salsabila'." Yahudi berkata:" Jawaban anda benar-benar belaka!" Kata Yahudi itu selanjutnya," Aku datang hendak bertanya kepada anda sesuatu yg tidak seorang pon penduduk bumi mengetahui kecuali para nabi-nabi atau seorang dua lelaki."

Rasulullah SAW bertanya," Akan adakah gunanya jika aku menjawab pertanyaanmu itu?". Yahudi berkata," Aku akan dengar dengan kedua belah telingaku." Kata Yahudi selanjutnya," Aku datang hendak bertanya tentang masalah kelahiran anak."

Rasulullah SAW menjawab:" Air mani lelaki berwarna putih dan air mani perempuan bewarna kekuningan. Apabila keduanya bertemu, maka jika mani lelaki lebih unggul daripada mani perempuan maka akan lahir darinya anak lelaki. Dan jika mani perempuan lebih unggul daripada mani lelaki maka akan lahir darinya anak perempuan dengan izin Allah SWT."

Yahudi berkata," Jawapan anda benar belaka dan anda memang sesungguhnya seorang Nabi!!"
Kemudian dia pergi. Maka bersabda Rasulullah SAW." Sesungguhnya aku pernah ditanya orang seperti apa yg ditanyakan oleh Yahudi itu. Mulanya aku belum mengetahui apa-apa mengenai masalah itu tetapi Allah SWT mengajarkannya kepadaku."

12:38 AM

- msnizam -











I Think Therefore I Am






Free Hit Counters
Free Counter






[UstazFauzi]
[dakwahniaga]
[drmaza]
[PPMK]
[hadistharian]
[NurIman Korea]
[Batch65]
[SurauDYTC]
[Hadist40]
[Al-Quran Online]
[ILuvIslam]
[KalamYgBerbicara]

  • Demi Masa














  • April 2008
    May 2008
    June 2008
    July 2008
    August 2008
    September 2008
    October 2008
    June 2009


    I Think Therefore I Am


    Ghurabaa
  • Ceramah
  • I'm listening to