Memories of Nobody
Mati dalam kalimah Lailaha illallah [hadist 23,24 dan 25]
Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda kepada pakciknya:" Ucapkanlah kalimah lailaha Illallah, aku akan menjadi saksi bagi pakcik nanti di hari kiamat terhadap ucapan pakcik itu." Jawab Abu Thalib:" Kalaulah orang-orang Quraisy tidak akan menghinaku, sesungguhnya akan aku ucapkan kalimah itu kepadamu, agar tercapai apa yang engkau inginkan." Lalu Allah SWT menurunkan ayat:" Sesungguhnya engkau tidak sewenang-wenangnya menunjuki orang yang engkau cintai, tetapi Allah SWT lah yang menunjuki orang yang di kehendaki-Nya."

Dari 'Usman r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:" Barang siapa mati dalam keadaan dia yakin bahawa tiada Tuhan melainkan Allah SWT, maka dia masuk syurga."

Dari Abu Hurairah r.a katanya:" Ketika perang Tabuk (Suatu tempat dekat Syam), pasukan Rasulullah SAW ditimpa musibah kekurangan makanan. Kerana itu memohon kepada Rasulullah SAW:" Kalaulah Anda izinkan, akan kami sembelih unta-unta pembawa beban, untuk kita makan dan kita manfaatkan lemaknya." Jawab Rasulullah SAW:" Lakukanlah!"

Kata Abu Hurairah:" Sementara itu 'Umar r.a datang lalu katanya:" Ya Rasulullah SAW! Jika unta-unta itu di sembelih, kenderaan kita akan berkurangan. Tetapi bagaimanakah kiranya kalau mereka diperintahkan mengumpulkan sisa bekalan mereka, kemudian Anda bermohonlah kepada Allah SWT, semoga Allah SWT memberikan berkat bagi makanan itu, mudah-mudahan Dia akan mengabulkannya." Jawab Rasulullah SAW:" Baiklah!"

Rasulullah SAW meminta sehelai tikar kulit, lalu di bentangkannya. Kemudian Rasulullah SAW menyuruh agar dikumpulkan semua sisa bekalan mereka. Ada yang membawa segenggam kurma, dan ada pula yang membawa sisa roti, sehingga semua yang terkumpul itu kelihatan hanya sedikit di atas tikar. Lalu Rasulullah SAW berdoa semoga bekalan yang ada itu beroleh berkat daripada Allah SWT. Kemudian Rasulullah SAW bersabda:" Isilah bekas bekalan makanan kamu masing-masing!"

Lalu mereka mengisi kesemuanya sehingga tidak ada bekas yang tidak berisi, bahkan semuanya berisi penuh. Sesudah itu mereka makan bersama-sama sehingga kenyang. Ternyata sesudah makan, makanan itu masih tersisa. Maka Rasulullah SAW bersabda:" Aku mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah SWT dan aku Rasulullah. Tidak ada seorang jua pun yang meninggal dengan meyakini kedua pengakuan itu tanpa ragu, yang dihalangi memasuki syurga."

10:34 AM
Tuesday, September 16, 2008
- msnizam -


Mati dalam kalimah Lailaha illallah [hadist 21 dan 22]
Dari Abu Malik r.a dari bapanya, katanya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda:" Siapa yang mengucapkan Lailla Haillallah, dan dia kafir dengan sembahan selain daripada Allah SWT, haram harta dan darahnya, sedangkan perhitungannya terserah kepada Allah SWT."

Dari Sa'id bin Musayyab r.a dari bapanya, katanya:" Ketika Abu Thalib meninggal dunia, Rasulullah SAW datang mengunjunginya, Didapatinya disana telah berada Abu Jahl dan Abdullah bin Abi Umayyah bin Mughirah. Sabda Rasulullah SAW:" Wahai pakcikku! Ucapkanlah kalimah Lailla haillallah iaitu sebuah kalimah yang aku akan menjadi saksi bagi pakcik nanti di hadapan Allah SWT."

Kerana itu Abu Jahl dan 'Abdullah bin Abi Umayyah berkata:" Hai Abu Thalib! Bencikah anda kepada agama 'Abdul Mutahlib?" Rasulullah SAW terus sahaja mengajarkan dan mengulang-ulang ucapan itu, tetapi akhirnya Abu thalib mengatakan kepada mereka, bahawa dia tetap memeluk agama 'Abu Mutahlib, dan enggan mengucapkan kalimah Lailla Haillallah. Sabda Rasulullah SAW:" Demi Allah SWT! Akan aku pohon ampun bagi pakcik selama aku tidak dilarang melakukannya."

Lalu Allah SWT menurunkan ayat:" Tidak layak bagi Nabi dan bagi orang-orang beriman meminya ampun kepada Allah SWT bagi orang-orang musyrik, walaupun orang-orang itu kaum kerabatnya, setelah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu penghuni neraka.: [ taubah:113]. Kemudian Allah SWT menurunkan pula ayat bertalian dengan peristiwa Abu Thalib. Firman Allah SWT kepada Rasulullah SAW:" Sesungguhnya engkau tidak sewenang menunjuki orang yang paling engkau cintai itu tetapi Allah SWT yang sewenang menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya. Dia lebih tahu siapa yang pantas mendapat petunjuk." [Al Qashah:56]

3:40 AM
Thursday, September 11, 2008
- msnizam -


rukun islam hadist ke-19 dan 20
Dari Abu Hurairah r.a dari Rasulullah SAW sabdanya:" Aku diperintahkan memerangi manusia sehingga mereka mengaku tiada Tuhan selain Allah SWT, percaya kepadaku, dan dengan agama yang aku bawa. Apabila mereka telah berlaku demikian, darah dan harta mereka harus dilindungi, kecuali apabila mereka melanggar hukum. Sedangkan perhitungan mereka terserah kepada Allah SWT."

Dari 'Abdullah bin 'Umar r.a katanya:" Rasulullah SAW bersabda:" Aku diperintahkan supaya memerangai manusia sehingga mereka mengaku tiada Tuhan melainkan Allah SWT, dan Muhammad Rasulullah, mendirikan solat dan membayar zakat. Apabila yang demikian mereka telah mereka lakukan, terpeliharalah darah dan harta mereka olehku, kecuali kerana alasan-alasan hukum, sedangkan perhitungan terserah kepada Allah SWT."

11:26 PM
Wednesday, September 3, 2008
- msnizam -


rukun islam hadist ke-17 dan 18
Dari Ibnu 'Abbas r.a katanya:" Tatkala Rasulullah SAW mengutus Mu'adz ke negeri Yaman, beliau bersabda:" Engkau akan mendampingi suatu kaum ahli kitab. Pertama-tama, ajaklah mereka menyembah Allah 'Azza wa Jalla. Apabila mereka telah mengenal Allah SWT, sampaikanlah kepada mereka bahawa Allah SWT mewajibkan mereka solat lima waktu sehari semalam. Apabila yang demikian telah mereka lakukan, sampaikanlah kepada mereka bahawa Allah SWT mewajibkan kepada mereka membayar zakat, diambil dari orang-orang kaya dan diberikan kepada orang-orang fakir. Apabila mereka telah mematuhinya, maka laksanakanlah itu dan jauhilah harta mereka yang paling baik."

Dari Abu Hurairah r.a katanya:" Setelah Rasulullah SAW wafat, dan Abu Bakar r.a telah diangkat menjadi khalifah, sebahagian bangsa arab kafir kembali. 'Umar bin Khaththab r.a berkata kepada Abu Bakar r.a:" Kenapa Anda hendak perangi orang-orang itu, padahal Rasulullah SAW telah bersabda:" Aku diperintahkan memerangi manusia sehingga mereka mengucapkan kalimah Lailaha illallah." Kerana itu siapa yang telah mengucapkan lailaha illallah harus dilindungi harta dan jiwanya kecuali apabila dia melanggar hukum, dan perhitungannya terserah kepada Allah SWT."

Jawab Abu Bakar r.a :" Demi Allah SWT! Akan kuperangi orang-orang yang membeza-bezakan perintah solat dan zakat. Sesungguhnya zakat itu adalah kewajiban mengenai harta. Demi Allah SWT! Sekalipun mereka hanya enggan memberikan tali unta yang pernah mereka berikan kepada Rasulullah SAW, akan aku perangi mereka juga." Jawab 'Umar r.a:" Demi Allah SWT! Allah SWT telah memberikan petunjuk kepada Abu Bakar untuk berperang. Dan sekarang aku yakin, dialah yang benar."

12:17 PM
Monday, September 1, 2008
- msnizam -











I Think Therefore I Am






Free Hit Counters
Free Counter






[UstazFauzi]
[dakwahniaga]
[drmaza]
[PPMK]
[hadistharian]
[NurIman Korea]
[Batch65]
[SurauDYTC]
[Hadist40]
[Al-Quran Online]
[ILuvIslam]
[KalamYgBerbicara]

  • Demi Masa














  • April 2008
    May 2008
    June 2008
    July 2008
    August 2008
    September 2008
    October 2008
    June 2009


    I Think Therefore I Am


    Ghurabaa
  • Ceramah
  • I'm listening to