Memories of Nobody
rukun islam hadist ke-6
Dari Abu Ayyub r.a [ Khalid bin Zaid Al Anshari katanya ] katanya:" Seorang arab dari pedalaman datang kepada Rasulullah SAW ketika beliau sedang dalam perjalanan, lalu orang itu memegang tali unta yang di tunggangi Rasulullah SAW. Katanya:" Ya Rasulullah SAW! Ajarkanlah aku suatu amal yang jika aku amalkan dapat mendekatkan aku kepada syurga dan menjauhkan aku daripada neraka."Kata Abu Ayyub:" Kerana itu Rasulullah SAW berhenti, kemudian Rasulullah SAW memandang kepada para sahabatnya dan berkata:" Sesungguhnya orang ini telah diberikan taufik." Kemudian Rasulullah SAW berkata kepada orang itu:" Apa kata anda?" Orang itu pun mengulangi pertanyaannya. Maka Rasulullah SAW bersabda:" Sembahlah Allah SWT dan jangan mempersekutukan-Nya dengan sesuatu, tegakkanlah solat, bayarlah zakat dan hubungkanlah silaturrahim." Nah..Sekarang lepaskanlah tali untaku!"
11:07 PM
Sunday, August 10, 2008
- msnizam -