rukun islam hadist ke-5

Dari Anas bin Malik r.a katanya:" Kami dilarang oleh Rasulullah SAW bertanya sesuatu kepadanya. Kerana itu kami mengharapkan kedatangan orang-orang dusun yang cerdas yang hendak bertanya kepada Rasulullah SAW, sehingga kami dapat mendengarkannya. Lantas pada suatu ketika datang seorang lelaki dari penduduk dusun. Dia berkata:" Ya Muhammad! Telah datang kepada kami utusan daripada anda. Dia menyatakan kepada kami bahawa anda adalah utusan Allah SWT. Jawab Rasulullah SAW:" Ya benar!"
Tanya lelaki itu lagi:" Siapa yang menjadikan langit?" Jawab Rasulullah SAW:" Allah SWT!" Dia bertanya lagi:" Siapa yang menjadikan bumi?" Jawab Rasulullah SAW:" Allah SWT!" Tanya lelaki itu lagi:" Siapakah yang memacakkan gunung-ganang ini dan menjadikan segala isinya?" Jawab Rasulullah SAW:" Allah SWT!"
Maka lelaki itu berkata:" Maka demi Yang menjadikan langit dan bumi, dan Yang memacakkan gunung-ganang ini. Sesungguh Allah SWT yang mengutuskan anda?" Jawab Rasulullah SAW:" Ya benar!" Kata lelaki itu:" Utusan anda menyatakan kepada kami bahawa kami wajib solat lima kali sehari semalam." Jawab Rasulullah SAW:" Ya benar!" Ujar lelaki itu:" Demi Tuhan yang telah mengutuskan anda, sesungguhnya Allah SWT kah yang memerintahkan kepada anda?" Jawab Rasulullah SAW:" Ya benar!" 
Kata lelaki itu:" Utusan anda menyatakan bahawa kami wajib membayar zakat harta kami." Jawab Rasulullah SAW:" Ya benar!" Kata lelaki itu:" Demi Tuhan yang mengutuskan anda, sungguhkah Allah SWT yang memerintahkan kepada anda?" Jawab Rasulullah SAW:" Ya benar!" Kata lelaki itu:" Utusan anda menyatakan kami wajib berpuasa sebulan Ramadhan setiap tahun." Jawab Rasulullah SAW:" Ya benar!" Kata lelaki itu:" Demi Tuhan yang mengutuskan anda, sungguhkah Allah SWT yang telah memerintahkannya kepada anda?" Jawab Rasulullah SAW:" Ya benar!"
Kata lelaki itu:" Utusan anda juga menyatakan kepada kami bahawa kami wajib menunaikan haji ke Baitullah apabila kami sanggup melaksanakannya." Jawab Rasulullah SAW:" Ya benar!" Kata Anas:" Sesudah itu, lelaki itu berlalu sambil berkata:" Demi Allah SWT yang telah mengutuskan anda dengan kebenaran, aku tidak akan menambah atau mengurangi semuanya." Maka Rasulullah SAW bersabda:" Jika apa yang disebutkannya itu benar-benar ditepatinya, nescaya dia akan masuk syurga."
9:58 PM
Saturday, August 9, 2008
- msnizam -