Memories of Nobody
rukun islam hadist ke-15
Dari Abu Jamrah r.a katanya:" Aku bertugas menjadi penterjemah Ibnu 'Abbas dengan orang ramai. Pada suatu hari ketika datang kepadanya seorang wanita bertanya perihal 'nabidzil jarri' (minuman keras). Jawab Ibnu 'Abbas :" Sesungguhnya para utusan 'Abdul Qais pernah datang kepada Rasulullah SAW lalu Rasulullah SAW bertanya kepada mereka:" Dari manakah anda semua?" Jawab mereka:" Kami utusan suku Rabi'ah.""Selamat datang para utusan. Jangan merasa malu-malu,"ujar Rasulullah SAW. Kata mereka:" Ya Rasulullah SAW! Kami datang dari tempat yang jauh. Antara tempat kami dan tempat anda ini terdapat perkampungan suku Mudhar yang masih kafir. Kami tidak dapat datang kepada anda kecuali pada bulan-bulan haram. Kerana itu berilah kami suatu tugas nyata yang akan kami sampaikan kepada orang-orang kampung kami supaya kami masuk syurga." Kata Ibnu 'Abbas:" Rasulullah SAW memerintahkan mereka empat perkara." Katanya:"Rasulullah SAW memerintahkan mereka supaya beriman dengan Allah SWT , satu-satu-Nya." Rasulullah SAW bertanya:" Tahukah kamu apakah yang dimaksudkan dengan iman?" Jawab mereka:" Allah SWt dan Rasul-Nya sahaja yang tahu." Sabda Rasulullah SAW:" Syahadat (pengakuan) bahawa tiada Tuhan selain Allah SWT dan bahawa Muhammad Rasulullah. Mendirikan solat. Puasa di bulan Ramadhan. Menyerahkan seperlima daripada harta rampasan kepada Baitul Mal. Rasulullah SAW melarang mereka membuat arak di dalam labu, di dalam guci, di dalam pasu kayu dan di dalam belanga yang dicat dengan plinkut." Nah! Ingatlah dan sampaikanlah kepada angkatan sesudah anda!"
11:18 PM
Sunday, August 24, 2008
- msnizam -