rukun islam hadist ke-10,11,12
Dari Ibnu 'Umar r.a, dari Rasulullah SAW sabdanya:" Islam dibina atas lima perkara: Mengesakan Allah SWT, mendirikan solat, membayar zakat, puasa di bulan Ramadhan dan haji. Bertanya seorang lelaki:" Bukankah haji dan puasa Ramadhan?" Jawab 'Umar:" Tidak! tetapi puasa di bulan Ramadhan dan haji. Begitulah yang aku dengar dari Rasulullah SAW."Dari Ibnu 'Umar r.a, dari Rasulullah SAW sabdanya:" Islam dibina atas lima perkara: Menyembah Allah SWT dan mengkafirkan selain dari-Nya. Mendirikan solat, membayar zakat. Haji ke Bait dan puasa bulan Ramadhan."Dari 'Abdullah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:" Islam dibina atas lima perkara:" Pengakuan (syahadat) bahawa tidak ada Tuhan selain Allah SWT dan Muhammad hamba-Nya dab Rasul-Nya, mendirikan solat, membayar zakat, haji ke Bait dan puasa di bulan Ramadhan."
11:27 PM
Monday, August 18, 2008
- msnizam -