KEMAHUAN ORANG LELAKI YANG HARUS DI KETAHUI OLEH WANITA
Belajar terima lelaki dengan seadanya.Jangan memaksa keinginan anda untuk mengubah fizikal dan mental seseorang lelaki semata-mata untuk kepentingan diri anda. Sukar untuk seseorang mengubah dirinya menjadi orang lain. Sedialah menerima lelaki dari segi dalaman dan luaran dan jangan membencinya kerana penampilannya tidak memenuhi citarasa anda. Kenalinya dengan lebih dekat untuk lebih serasi dalam perhubungan anda. Menjadi diri sendiri adalah lebih baik daripada hidup dalam kepura-puraan.Rela megamal sikap memberi dan menerimaTerima lelaki dengan hati terbuka dan pasti dia akan menerima anda dengan hati terbuka juga. Jangan sempitkan hati dan fikiran anda, berilah sebanyak yang anda ada dan anda akan menerima sebanyak yang anda mahukan daripada lelaki.Mempercayainya untuk dipercayai olehnyaBukan sesuatu yang mudah untuk mempercayai seseorang atau seseorang untuk mempercayai kita juga. Sedikit demi sedikit tanamkan kepercayaan anda terhadapnya dan lama kelamaan dia juga akan percayakan anda. Jangan lakukan sesuatu yang menyebabkan dia hilang kepercayaan terhadap anda kerana sukar untuk mengembalikan kepercayaannya semula.Menangkan lelaki untuk mendapat kemenanganDalam hubungan suami isteri mesti ada amalan bertolak ansur, jika suami memberi arahan, isteri mesti patuh dan turut arahan tersebut. Apabila masing-masing faham peranan, kehidupan akan lebih terjamin dan jauh daripada pergaduhan. Peranan yang di jalankan dengan baik akan memberi kepuasan kepada kedua-dua pihak.Lebih bertanggungjawab untuk menikmati kesan peranan andaSuami adalah ketua dalam rumah tangga, walaupun di pejabat isteri menyandang pangkat lebih besar daripada suami. Suami tetap menjalankan peranan dengan memberikan nafkah zahir dan batin serta mendidik keluarga kepada kehidupan yang memenuhi tuntutan syarak. Isteri juga mesti memainkan peranan seperti yang di anjurkan oleh Islam. Jangan ada yang menyimpang daripada tanggungjawab yang diwajibkan.Amalkan sikap yang positifBersikap hormat menghormati antara suami dengan isteri ketika di rumah atau di pejabat, sekiranya bekerja di tempat yang sama. Jangan tunjukkan kuasa.Memberi senyuman dengan ikhlasLelaki suka apabila isterinya mengukirkan senyuman paling manis setiap kali suami pulang dari kerja. Kepenatan yang dialami sepanjang hari akan terasa hilang sebaik melihat senyuman paling ikhlas yang ditunjukkan oleh isteri. Bukan sahaja mendapat pahala daripada senyuman tersebut tetapi daripada kejujuran itu juga isteri akan memperoleh pahala. Itulah pengikat kasih sayang yang sebenar.Sapa dengan panggilan manjaWanita suka suaminya memanggilnya dengan panggilan manja seperti manja, sayang, baby, honey dan sebagainya. Begitu juga dengan suami yang sebenarnya inginkan isteri mereka memanggil dengan panggilan manja.
6:10 AM
Wednesday, August 6, 2008
- msnizam -