Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:" Ada dua golongan penduduk neraka yang keduanya belum kelihatan olehku. 1) Kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi yang digunakan untuk memukul orang 2) Wanita-wanita yang berpakaian tetapi sama sahaja dengan bertelanjang (kerana pakaiannya terlalu jarang, terlalu nipis atau tembus dek pandangan mata, terlalu ketat atau berpakaian yang merangsang kaum lelaki kerana sebahagian auratnya terbuka), dan wanita-wanita yang mudah dirayu atau suka merayu, rambut mereka disasak bagaikan punuk unta. Wanita-wanita tersebut tidak dapat masuk syurga, bahkan tidak dapat mencium bau syurga. Padahal bau syurga dapat dicium daripada jarak yang sangat jauh."