solat sunat tahiyatul masjid
Dari Abu Qatadah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:" Apabila kamu masuk masjid, solatlah lebih dahulu dua rakaat sebelum kamu duduk."Dari Abu Qatadah r.a iaitu sahabat Rasulullah SAW katanya:" Pada suatu ketika , aku masuk ke dalam masjid ketika Rasulullah SAW sedang memberikan pengajian kepada orang ramai. Lalu aku terus duduk di antara mereka. Maka Rasulullah SAW bersabda:" Apa yang menghalangi engkau daripada solat dua rakaat sebelum engkau duduk?" Jawabku:" Ya Rasulullah SAW! Kerana aku melihat ada sama-sama duduk bersama orang ramai." Maka Rasulullah SAW bersabda:" Apabila masing-masing kamu masuk ke dalam masjid, maka jangan duduk sebelum kamu solat dua rakaat."
11:21 PM
Thursday, July 24, 2008
- msnizam -