Memories of Nobody
solat malam dan witir
Dari 'Aisyah r.a katanya :" Rasulullah SAW pernah solat malam sebelas rakaat termasuk di antaranya witir satu rakaat. Apabila beliau telah selesai solat, beliau berbaring ke rusuk kanan sehingga datang tukang azan. Lalu beliau solat dua rakaat dengan ringkas."Dari 'Aisyah r.a katanya:" Rasulullah SAW pernah solat malam tiga belas rakaat termasuk di dalamnya lima rakaat solat witir di mana beliau tidak duduk melainkan pada rakaat yang terakhir."Dari 'Urwah r.a katanya 'Aisyah r.a mengabarkan bahawa Rasulullah SAW solat malam tiga belas rakaat termasuk di dalamnya 2 rakaat solat fajar."Dari Abu Salamah bin 'Abdur Rahman r.a, dia bertanya kepada 'Aisyah katanya:" Bagaimana caranya Rasulullah SAW solat dalam malam bulan Ramadhan?" Jawab 'Aisyah:" Beliau solat tidak lebih dari sebelas rakaat baik dalam bulan Ramadhan mahupun bulan lainnya. Mula-mula beliau solat empat rakaat. Jangan tanya, alangkah bagusnya dan lamanya. Kemudian empat rakaat lagi, jangan tanya tentang bagusnya dan berapa lamanya. Kemudian solat witir tiga rakaat." Kata 'Aisyah r.a, dia pernah bertanya kepada Rasulullah SAW apakah beliau tidur dahulu sebelum witir. Jawab Rasulullah SAW:" Wahai 'Aisyah! Kedua mataku memang kelihatan tidur tetapi hatiku tidak."
11:22 PM
Monday, July 14, 2008
- msnizam -