tidur sepanjang malam sehingga subuh
Dari 'Abdullah r.a katanya:" Diceritakan orang kepada Rasulullah SAW tentang seorang lelaki yg tidur sepanjang malam sehingga subuh. Maka bersabda Rasulullah SAW," Orang itu telah di kencing oleh syaitan kedua belah telinganya."Dari 'Ali bin abi Talib r.a katanya:" Pada suatu malam rasulullah SAW mendatangi rumah kami iaitu rumahku bersama dengan Fatimah seraya berkata," Apakah kalian tidak bersolat?" Jawabku:" Ya Rasulullah SAW! Sesungguhnya diri kami di tangan Allah SWT. Bila Dia menghendaki kami bangun tentu kami akan bangun." Mendengar apa yg aku ucapkan itu, beliau pergi. Kemudian terdengar olehku beliau memukul pahanya sambil berkata:" Memang manusia itu suka membantah. [Al-Kahfi:54]"
9:16 PM
Wednesday, June 4, 2008
- msnizam -