Solat sunat di rumah atau di masjid
Dari Zaid bin Tsabit r.a katanya:" Rasulullah SAW memasang tenda dari tikar pada sebuah tempat di masjid sehingga merupakan sebuah kamar tempat beliau solat malam. Melihat hal itu, beberapa orang sahabat mendatangi tempat itu dan solat mengikut Rasulullah SAW. Pada suatu malam mereka datang pula tetapi Rasulullah SAW terlambat sehingga beliau tidak keluar sama sekali menemui mereka. Oleh itu mereka mengeraskan suara dan melontar pintu dengan batu kerikil untuk memberitahu Rasulullah SAW kerana mereka menyangka Rasulullah SAW lupa.Kerana itu Rasulullah SAW keluar menemui mereka sambil berkata dengan marahnya:" Janganlah senantiasa kamu berbuat demikian kerana aku mengira bahawa solat malam itu akan di wajibkan ke atas kamu. Sebab itu solatlah di rumah masing-masing kerana sebaik-baik solat ialah solat yang didirikan di rumah masing-masing kecuali solat wajib."
1:06 PM
Sunday, June 22, 2008
- msnizam -