Sedekah pada setiap kesempatan

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:" Setiap anggota tubuh manusia mempunyai kesempatan untuk bersedekah setiap hari. Iaitu seperti mendamaikan dua orang yang berselisih, adalah sedekah. Monolong orang naik kenderaan atau menolong mengangkatkan barang ke atas kenderaan, itu pun sedekah. Ucapan atau tutur kata yang baik jua sedekah. Setiap langkah yang anda langkahkan untuk pergi ke solat, juga sedekah. Dan menyingkirkan sesuatu yang membahayakan di jalanan, adalah sedekah."
Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:" Setiap pagi dua malaikat turun mendampingi seorang hamba. Yang satu berdoa:" Ya Allah SWT! Berikanlah ganti bagi dermawan yang menyedekahkan hartanya." Dan malaikat yang satu lagi berdoa:" Ya Allah SWT! Musnahkanlah harta si bakhil."
Dari Haritsah bin Wahab r.a katanya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda:" Bersedekahlah kamu segera! Kerana di khuwatirkan akan terjadi kelak, seorang lelaki akan pergi ke mana-mana membawa sedekahnya, tetapi dijawab oleh orang yang hendak diberinya sedekah:" Kalaulah kelmarin kamu datang, aku akan terima sedekahmu. Sekarang aku tidak lagi memerlukan sedekah darimu." Akhirnya lelaki itu benar-benar tidak dapat menemukan orang yang menerima sedekahnya."
-Shahih Muslim-
9:47 PM
Tuesday, June 17, 2008
- msnizam -