Memories of Nobody
luruskan barisan (saf)
Dari Abu Mas'ud r.a katanya:" Rasulullah SAW menyentuh bahu kami sebelum solat sambil berkata:" Luruskan barisanmu, jangan bengkang bengkok kerana barisan yang bengkok , nescaya akan menyebabkan hatimu berpecah-belah. Orang yang dewasa yang cerdik dan pandai hendaklah berada berdiri dekat di belakangku, kemudian yang pandai dan seterusnya."Dari 'Abdullah bin Mas'ud r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:" Hendaklah berdiri dekat denganku orang-orang dewasa yang cerdik pandai, kemudian yang pandai (beliau ucapkan sampai tiga kali), dan jauhilah hiruk pikuk seperti di pasar."Dari Anas bin Malik r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:" Luruskanlah saf kamu kerana saf yang lurus termasuk solat yang sempurna."Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:" Buatlah saf (barisan) , kerana dengan membuat saf itu sesungguhnya termasuk solat yang bagus."Dari Nu'man bin Basyir r.a katanya:" Rasulullah SAW pernah meluruskan saf kami sehingga beliau seolah-olah sedang meluruskan anak panah sampai lurus benar. Pada suatu hari ketika beliau hendak solat dan hampir takbir, tiba-tiba terlihat oleh beliau seorang lelaki menonjolkan dadanya dari saf. Maka Rasulullah SAW bersabda:" Wahai hamba Allah SWT!! Luruskanlah saf anda! Kalau tidak nescaya Allah SWT akan mencerai-beraikan hati anda."-SHAHIH MUSLIM-
10:10 PM
Thursday, June 19, 2008
- msnizam -