Kisah Ma'iz dihukum rejam
Dari Sulaiman bin Buraidah r.a dari bapanya, katanya: Pada suatu ketika, Ma'iz bin Malik datang kepada Rasulullah SAW lalu dia berkata kepada Rasulullah SAW:" Ya Rasulullah SAW!! Sucikanlah aku!!" Jawab Rasulullah SAW:" Pulanglah lalu minta ampun kepada Allah SWT dan bertaubatlah kepada-Nya." Ma'iz pergi tetapi tidak berapa jauh dia melangkah, dia kembali kepada Rasulullah SAW semula:" Ya Rasulullah SAW! Sucikanlah aku!!" Jawab Rasulullah SAW:" Pulanglah dan mintalah ampun dari Allah SWT dan bertaubatlah kepada-Nya." Ma'iz pergi dan tidak berapa jauh dia melangkah, dia kembali kepada Rasulullah SAW dan berkata:" Ya Rasulullah SAW! Sucikanlah aku!!" Rasulullah SAW menjawab seperti mana awalnya sehingga empat kali. Pada kali yang keempat Rasulullah SAW bertanya kepada Ma'iz: Dari hal apakah engkau harus kusucikan?"Jawab Ma'iz:" Dari dosa berzina." Rasulullah SAW bertanya kepada para sahabat di sekelilingnya ketika itu:" Apakah Ma'iz ada penyakit gila?" Jawab para sahabat:" Tidak ya Rasulullah SAW!" Tanya Rasulullah SAW berikutnya:" Adakah Ma'iz ini baru lepas minum khamar?" Lalu seorang sahabat berdiri dan membaui Ma'iz tetapi tidak tercium olehnya bau khamar. Maka Rasulullah SAW bertanya kepada Ma'iz:" Benarkah engkau berzina?" Jawab Ma'iz:" Benar Ya Rasulullah SAW!" Rasulullah SAW memerintahkan agar hukuman rejam di jalankan kepada Ma'iz, lalu dia di rejam.[ Terdapat dua pendapat dalam masalah ini. Yang pertama menyatakan Ma'iz mati dan dosanya hapus kerana hukuman yang dijalaninya ikhlas. Yang kedua menyatakan bahawa Ma'iz taubat sebenar-benar taubat. Tiada taubat yang melebihi taubat Ma'iz.] Dia datang kepada Rasulullah SAW lalu di letakkan tangannya di tangan Rasulullah SAW lalu berkata:" Ya Rasulullah SAW! Hukum matilah aku dengan batu ( hukuman rejam )." Mereka sentiasa berbeza pendapat seperti itu dalam beberapa hari sehingga Rasulullah SAW datang dan memberi salam lalu Rasulullah SAW duduk bersama-sama dengan mereka. Maka Rasulullah SAW bersabda:" Mintalah ampun bagi Ma'iz bin Malik" Lalu mereka memohon ampun semuanya." Semoga Allah SWT mengampuni Ma'iz bin Malik." Rasulullah SAW bersabda:" Ma'iz bin Malik bertaubat dengan sebenar-benar taubat. Seandainya taubat Ma'iz dapat dibahagikan di antara satu kaum, pasti akan mencukupi untuk mereka semua." Kemudian datang pula seorang perempuan dari desa Ghamid, suku Azdi lalu dia berkata kepada Rasulullah SAW:" Ya Rasulullah SAW! Sucikanlah aku!!" JAwab Rasulullah SAW:" Pulanglah dan mohonlah ampun kepada Allah SWT dan bertaubatlah kepada-Nya." Kata perempuan itu:" Aku melihat engkau sengaja menyuruhku pulang seperti mana engkau menyuruh kepada Ma'iz bin Malik." Tanya Rasulullah SAW:" Mengapa begitu?" Perempuan itu menyatakan bahawa dia hamil akibat melakukan zina.Tanya Rasulullah SAW:" Engkau sendiri yang rela melakukan zina?" Jawab perempuan itu:" Benar Ya Rasulullah SAW!" Rasulullah SAW bersabda kepadanya: Tunggulah sehingga engkau melahirkan anak." Lalu perempuan itu di tanggung hidupnya oleh seorang lelaki Anshar sehingga dia melahirkan anaknya. Setelah dia melahirkan anak, maka diberitahukan kepada Rasulullah SAW:" Perempuan desa Ghamid itu telah melahirkan anak." Jawab Rasulullah SAW:" Biarkanlah dahulu kerana anaknya masih kecil, sedangkan orang yang hendak menyusukannya tidak ada." Maka berdiri seorang lelaki Anshar lalu berkata:" Aku yang menanggung susunya!" Kata Buraidah:" Setelah itu maka dilaksanakan hukuman rejam terhadap perempuan desa Ghamid itu."
9:36 PM
Monday, June 23, 2008
- msnizam -