Memories of Nobody
Khamar (minuman keras)
Dari 'Aishah r.a katanya:" Ketika ayat-ayat akhir surah Al-Baqarah turun, Rasulullah SAW segera keluar lalu dibacakannya ayat-ayat itu kepada orang ramai. Kemudian Rasulullah SAW melarang melakukan perdagangan (jual beli) khamar."Dari Jabir bin 'Abdaullah r.a katanya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda di tahun penaklukan Makkah:" Sesungguhnya Allah SWT dan Rasul-Nya telah mengharamkan menjual khamar, bangkai, babi dan berhala." Lalu ditanya oleh orang ramai:" Ya Rasulullah SAW! Bagaimana hukumnya lemak yang terdapat dalam bangkai? Kerana lemak bangkai itu di gunakan orang untuk menampal perahu, untuk meminyakkan kulit dan untuk menyalakan lampu."Maka bersabda Rasulullah SAW:" Tidak boleh! Itu haram!" Kemudian Rasulullah SAW bersabda lagi:" Kerana lemak itulah Allah SWT mengutuk orang yahudi. Allah SWT telah mengharamkan ke atas mereka lemak bangkai, tetapi mereka melangarnya juga. Kemudian mereka jual dan hasil jualan itu mereka makan."
11:47 PM
Sunday, June 29, 2008
- msnizam -