Memories of Nobody
Khamar dan hukumnya
Dari Anas bin Malik r.a katanya:" Aku bertugas sebagai pelayan yang menuangkan minuman kepada para tetamu di rumah Abu Thalhah pada hari minuman keras (khamar) diharamkan oleh Allah SWT. Minuman mereka dibuat daripada campuran kurma muda (at busr) dan kurma kering (at tamr). Tiba-tiba terdengar orang berteriak suatu pengumuman.

"Keluarlah dan dengarkan!"kata Abu Thalhah. Lalu aku pergi keluar dan mendengar orang mengumumkan sesuatu:" Perhatian!! Sesungguhnya khamar telah diharamkan!" Aku melihat di jalan-jalan mengalir minuman keras. Kata Abu Thalhah kepadaku:" Keluarlah! Tumpahkan minuman itu!" Lalu kutumpahkan minuman itu semuanya."

Dari Anas r.a katanya Rasulullah SAW ditanya oleh orang tentang khamar yang telah menjadi cuka. Jawab Rasulullah SAW:" Tidak mengapa."

Dari Thariq bin Suwaid Al Ja'fi r.a katanya dia bertanya kepada Rasulullah SAW tentang masalah khamar. Maka Rasulullah SAW melarang membuatnya. Tanya Thariq:" Aku membuatnya hanya untuk ubat." Rasulullah SAW bersabda:" Khamar itu bukan ubat tetapi penyakit."

10:54 PM
Monday, June 30, 2008
- msnizam -


wahai diri..
wahai diri,
apakah yang kau cari didalam hidup yang sekelip ini?
harta atau pangkat yang tinggi?
kesenangan duniawi?
gadis yang berseri?
kegembiraan yang hanya tergambar di raut muka tak di hati?

oh wahai diri,
adakah kau sedang melangkah menjadi lebih baik dari silammu?
adakah kau beransur-ansur meninggalkan ego mu?
adakah kau sudah menadah memohon kemaafan kepada cinta mu dulu?
adakah kau senang dengan amalan mu yang hanya sedikit dari umurmu?

wahai diri yang mencari-cari,
yang kau cari cuma cinta dunia,
cinta seorang manusia kepada mu,
cinta yang hanya kekal sehingga diri menemui Tuhanmu,
kenapa dikau masih lalai wahai diri?
tidakkah engkau melihat orang yang kau nanti-nanti,
semakin jauh dari dirimu,
tidakkah engkau malu?

wahai diri yang berbelah bahagi,
atas sebab apakah kau menangis di hujung malam?
kerana dosamu atau dosanya?
atas sikapmu atau atas sikapnya?
kerana menyesal atau memaksa?

wahai diri yang seolah hidup seolah mati,
bangunlah dan tinggalkanlah silammu,
berjalanlah dan tulislah silammu,
sekadar pengajaran di kala kau memerlukan,
berjalanlah ke arah cahaya-Nya,
seperti mana kau melihat dia melangkah,

wahai diri,
masih dudukkah engkau atau kau sudah berdiri?
tinggalkanlah silammu!!
tinggalkanlah silammu!!
tinggalkanlah silammu!!
kau tak akan berubah wahai diri,
selagai kau tak meninggalkannya,

wahai diri yang masih menoleh!!
kasihankah engkau pada silammu?
yang kotor lagi hitam?
yang pekat lagi menjijikkan?
yang lalai dan langsung tak menyedarkan?

melangkahlah wahai diri!!
kau hamba hati atau kau hamba Ilahi?
aku cuma menyeru kepadamu wahai diri,
sedarlah wahai diri yang sedar,
berimanlah wahai diri yang beriman!!
asingkanlah dirimu,
tutupilah burukmu dan buruknya,
rendahkanlah mata,
tutuplah telinga,
jauhkanlah dirimu wahai diri,
dari egomu yang membakar.

wahai tuanku yang menulis,
aku melangkah tapi ku jatuh,
ku celik tapi dirimu buta,
dirimu pekak tapi diriku peka,
dirimu bisu tapi diriku berbicara.
egomu padamu tidak padaku,
salahmu salahmu tidak salahku.
Aku cuma hati yang berbicara,
bersamalah denganku,
kerana dirimu ,
aku jua akan dilempar kedalam api yang hitam,

Wahai tuan yang menulis,
hatimu tidak berduka,
hatimu tidak berbelah bahagi,
hatimu sedang melangkah,
tapi adakah kau sedang melangkah jua?
atau duduk menangiskan dia?

Bangunlah wahai tuan yang menulis.
Bangunlah menuju kepada Tuan aku dan Tuan engkau yang hakiki.
Tuan yang mengumpamakan cahaya-Nya,
.......Cahaya di atas cahaya....

diriku hatimu,
dia silamku,
dan kau tubuhku.

kepada-Nya diriku hati kembali,
dan kepada-Nya dirimu kembali wahai yang menulis..

Allah SWT Maha Besar Maha Halus...

3:32 PM

- msnizam -


Khamar (minuman keras)
Dari 'Aishah r.a katanya:" Ketika ayat-ayat akhir surah Al-Baqarah turun, Rasulullah SAW segera keluar lalu dibacakannya ayat-ayat itu kepada orang ramai. Kemudian Rasulullah SAW melarang melakukan perdagangan (jual beli) khamar."

Dari Jabir bin 'Abdaullah r.a katanya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda di tahun penaklukan Makkah:" Sesungguhnya Allah SWT dan Rasul-Nya telah mengharamkan menjual khamar, bangkai, babi dan berhala." Lalu ditanya oleh orang ramai:" Ya Rasulullah SAW! Bagaimana hukumnya lemak yang terdapat dalam bangkai? Kerana lemak bangkai itu di gunakan orang untuk menampal perahu, untuk meminyakkan kulit dan untuk menyalakan lampu."

Maka bersabda Rasulullah SAW:" Tidak boleh! Itu haram!" Kemudian Rasulullah SAW bersabda lagi:" Kerana lemak itulah Allah SWT mengutuk orang yahudi. Allah SWT telah mengharamkan ke atas mereka lemak bangkai, tetapi mereka melangarnya juga. Kemudian mereka jual dan hasil jualan itu mereka makan."

11:47 PM
Sunday, June 29, 2008
- msnizam -


memuliakan tetamu dan mengutamakannya
Dari Abu Hurairah r.a katanya:" Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW lalu dia berkata:" Aku dalam kesulitan (hidup susah dan lapar)." Maka Rasulullah SAW membawa lelaki itu ke rumah isteri beliau satu persatu, menanyakan sama ada mereka ada menyediakan makanan atau tidak. Para isteri baginda menjawab:" Dami Allah SWT yang mengutus anda dengan yang hak. Aku tidak menyediakan apa-apa selain daripada air."

Begitulah jawapan mereka masing-masing. Lalu bersabda Rasulullah SAW kepada para sahabat:" Siapa bersedia menerima tetamu pada malam ini nescaya dia diberi rahmat oleh Allah SWT." Lalu bangun seorang lelaki Anshar dan berkata:" Aku ya Rasulullah SAW!"

Maka dibawanya tetamu itu ke rumahnya. Dia bertanya kepada kepada isterinya:" Adakah engkau menyediakan makanan?" Jawab isterinya:" Tidak ada kecuali makanan anak-anak." Kata lelaki itu:" Pujuklah mereka dengan apa sahaja. Bila tetamu kita masuk, tunjukkanlah kepadanya bahawa kita makan bersamanya. Bila dia telah mulai makan, berdirilah dekat dengan lampu dan padamkannya."

Maka tetamu pun makanlah. Setelah subuh, sahabat tersebut bertemu dengan Rasulullah SAW lalu Rasulullah SAW bersabda:" Allah SWT kagum dengan cara kamu melayani tetamu kalian malam tadi."



Dari Abu Hurairah r.a katanya:" Seorang lelaki Anshar menerima kedatangan tetamu dan tetamu itu bermalam di rumahnya. Padahal dia tidak mempunyai makanan selain makanan untuk anak-anaknya. Maka dia berkata kepada isterinya:" Tidurkan anak-anak dan padamkan lampu. Sesudah itu berikan kepada tetamu kita apa yang ada."

Kata Abu Hurairah:" Kerana peristiwa itu maka turunlah ayat:" Dan mereka melebihkan tetamu dari diri mereka sendiri sekalipun mereka dalam kesusahan...." ( Al Hasyar 59:9)

11:11 PM
Wednesday, June 25, 2008
- msnizam -


Pengakuan lelaki kepada perempuan





Kami sulit menahan pandangan mata kami



ketika melihat kalian,



apalagi jika kalian diamanahkan Allah kecantikan dan postur yand ideal,



kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,



kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian



dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.






Kami sulit menahan pendengaran kami



ketika berbicara dengan kalian,



apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah



suara yang merdu dengan irama yang mendayu



kerana itu tegaskanlah suara kalian



tatkala berbicara di berhadapan dengan kami



dan berbicaralah seperlunya sahaja.






Kami juga sulit menahan bayangan-bayangan hati kalian,



ketika kalian dapat menjadi



tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami,



waktu luang kami kadangkala akan sering terisi



oleh bayangan-bayangan kalian,



kerana itu janganlah kalian membiarkan kami



menjadi curahan hati bagi kalian






Kami tahu kami insan lemah



bila harus berhadapan dengan kalian,



kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh



hanya dengan senyum kalian,



hati kami akan bergetar



ketika mendengar dan melihat kalian menangis.






Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian,



maka jagalah amanah itu



jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya.



Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu



akan kelemahan hati kami ini,



hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA,



kalian akan menjadi halal bagi kami.






"LAlu apa yang telah aku lakukan selama ini..



YA Rabb, ampunilah daku.



Untuk setiap pandangan yang tak terjaga,



untuk iman yang tak dipelihara,



lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab,






Ya Rabb, Engkaulah mengawasi kami setiap detik,



kerana kasih sayangMu



ya Allah kepada kami,



Engkau perintahkanlah malaikat



silih berganti menemani kami siang dan malam



agar iman kami dapat dijaga...

Sumber : Sekretariat NYDP2 MPP Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

12:01 AM
Tuesday, June 24, 2008
- msnizam -


Kisah Ma'iz dihukum rejam
Dari Sulaiman bin Buraidah r.a dari bapanya, katanya: Pada suatu ketika, Ma'iz bin Malik datang kepada Rasulullah SAW lalu dia berkata kepada Rasulullah SAW:" Ya Rasulullah SAW!! Sucikanlah aku!!" Jawab Rasulullah SAW:" Pulanglah lalu minta ampun kepada Allah SWT dan bertaubatlah kepada-Nya." Ma'iz pergi tetapi tidak berapa jauh dia melangkah, dia kembali kepada Rasulullah SAW semula:" Ya Rasulullah SAW! Sucikanlah aku!!" Jawab Rasulullah SAW:" Pulanglah dan mintalah ampun dari Allah SWT dan bertaubatlah kepada-Nya." Ma'iz pergi dan tidak berapa jauh dia melangkah, dia kembali kepada Rasulullah SAW dan berkata:" Ya Rasulullah SAW! Sucikanlah aku!!" Rasulullah SAW menjawab seperti mana awalnya sehingga empat kali. Pada kali yang keempat Rasulullah SAW bertanya kepada Ma'iz: Dari hal apakah engkau harus kusucikan?"

Jawab Ma'iz:" Dari dosa berzina." Rasulullah SAW bertanya kepada para sahabat di sekelilingnya ketika itu:" Apakah Ma'iz ada penyakit gila?" Jawab para sahabat:" Tidak ya Rasulullah SAW!" Tanya Rasulullah SAW berikutnya:" Adakah Ma'iz ini baru lepas minum khamar?" Lalu seorang sahabat berdiri dan membaui Ma'iz tetapi tidak tercium olehnya bau khamar. Maka Rasulullah SAW bertanya kepada Ma'iz:" Benarkah engkau berzina?" Jawab Ma'iz:" Benar Ya Rasulullah SAW!"

Rasulullah SAW memerintahkan agar hukuman rejam di jalankan kepada Ma'iz, lalu dia di rejam.

[ Terdapat dua pendapat dalam masalah ini. Yang pertama menyatakan Ma'iz mati dan dosanya hapus kerana hukuman yang dijalaninya ikhlas. Yang kedua menyatakan bahawa Ma'iz taubat sebenar-benar taubat. Tiada taubat yang melebihi taubat Ma'iz.]

Dia datang kepada Rasulullah SAW lalu di letakkan tangannya di tangan Rasulullah SAW lalu berkata:" Ya Rasulullah SAW! Hukum matilah aku dengan batu ( hukuman rejam )."

Mereka sentiasa berbeza pendapat seperti itu dalam beberapa hari sehingga Rasulullah SAW datang dan memberi salam lalu Rasulullah SAW duduk bersama-sama dengan mereka. Maka Rasulullah SAW bersabda:" Mintalah ampun bagi Ma'iz bin Malik" Lalu mereka memohon ampun semuanya." Semoga Allah SWT mengampuni Ma'iz bin Malik."

Rasulullah SAW bersabda:" Ma'iz bin Malik bertaubat dengan sebenar-benar taubat. Seandainya taubat Ma'iz dapat dibahagikan di antara satu kaum, pasti akan mencukupi untuk mereka semua."

Kemudian datang pula seorang perempuan dari desa Ghamid, suku Azdi lalu dia berkata kepada Rasulullah SAW:" Ya Rasulullah SAW! Sucikanlah aku!!" JAwab Rasulullah SAW:" Pulanglah dan mohonlah ampun kepada Allah SWT dan bertaubatlah kepada-Nya." Kata perempuan itu:" Aku melihat engkau sengaja menyuruhku pulang seperti mana engkau menyuruh kepada Ma'iz bin Malik." Tanya Rasulullah SAW:" Mengapa begitu?" Perempuan itu menyatakan bahawa dia hamil akibat melakukan zina.

Tanya Rasulullah SAW:" Engkau sendiri yang rela melakukan zina?" Jawab perempuan itu:" Benar Ya Rasulullah SAW!" Rasulullah SAW bersabda kepadanya: Tunggulah sehingga engkau melahirkan anak." Lalu perempuan itu di tanggung hidupnya oleh seorang lelaki Anshar sehingga dia melahirkan anaknya. Setelah dia melahirkan anak, maka diberitahukan kepada Rasulullah SAW:" Perempuan desa Ghamid itu telah melahirkan anak."

Jawab Rasulullah SAW:" Biarkanlah dahulu kerana anaknya masih kecil, sedangkan orang yang hendak menyusukannya tidak ada." Maka berdiri seorang lelaki Anshar lalu berkata:" Aku yang menanggung susunya!" Kata Buraidah:" Setelah itu maka dilaksanakan hukuman rejam terhadap perempuan desa Ghamid itu."

9:36 PM
Monday, June 23, 2008
- msnizam -


:)

9:21 AM

- msnizam -


Solat sunat di rumah atau di masjid
Dari Zaid bin Tsabit r.a katanya:" Rasulullah SAW memasang tenda dari tikar pada sebuah tempat di masjid sehingga merupakan sebuah kamar tempat beliau solat malam. Melihat hal itu, beberapa orang sahabat mendatangi tempat itu dan solat mengikut Rasulullah SAW. Pada suatu malam mereka datang pula tetapi Rasulullah SAW terlambat sehingga beliau tidak keluar sama sekali menemui mereka. Oleh itu mereka mengeraskan suara dan melontar pintu dengan batu kerikil untuk memberitahu Rasulullah SAW kerana mereka menyangka Rasulullah SAW lupa.

Kerana itu Rasulullah SAW keluar menemui mereka sambil berkata dengan marahnya:" Janganlah senantiasa kamu berbuat demikian kerana aku mengira bahawa solat malam itu akan di wajibkan ke atas kamu. Sebab itu solatlah di rumah masing-masing kerana sebaik-baik solat ialah solat yang didirikan di rumah masing-masing kecuali solat wajib."

1:06 PM
Sunday, June 22, 2008
- msnizam -


luruskan barisan (saf)
Dari Abu Mas'ud r.a katanya:" Rasulullah SAW menyentuh bahu kami sebelum solat sambil berkata:" Luruskan barisanmu, jangan bengkang bengkok kerana barisan yang bengkok , nescaya akan menyebabkan hatimu berpecah-belah. Orang yang dewasa yang cerdik dan pandai hendaklah berada berdiri dekat di belakangku, kemudian yang pandai dan seterusnya."

Dari 'Abdullah bin Mas'ud r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:" Hendaklah berdiri dekat denganku orang-orang dewasa yang cerdik pandai, kemudian yang pandai (beliau ucapkan sampai tiga kali), dan jauhilah hiruk pikuk seperti di pasar."

Dari Anas bin Malik r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:" Luruskanlah saf kamu kerana saf yang lurus termasuk solat yang sempurna."

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:" Buatlah saf (barisan) , kerana dengan membuat saf itu sesungguhnya termasuk solat yang bagus."

Dari Nu'man bin Basyir r.a katanya:" Rasulullah SAW pernah meluruskan saf kami sehingga beliau seolah-olah sedang meluruskan anak panah sampai lurus benar. Pada suatu hari ketika beliau hendak solat dan hampir takbir, tiba-tiba terlihat oleh beliau seorang lelaki menonjolkan dadanya dari saf. Maka Rasulullah SAW bersabda:" Wahai hamba Allah SWT!! Luruskanlah saf anda! Kalau tidak nescaya Allah SWT akan mencerai-beraikan hati anda."

-SHAHIH MUSLIM-

10:10 PM
Thursday, June 19, 2008
- msnizam -


(^^,)v

asyik terdengar lagu ni dr komp Ipeng..jadi search la..

hehe..for you (^^,)v

cinta sejati hanya milik Allah SWT..

5:39 PM

- msnizam -


amalan menyucikan jiwa
1) Solat berjemaah
2) Solat sunat Rawatib, Awwabin, Tasbih, Witir dan solat-solat sunat yang lain
3) Puasa sunat
4) Memperbanyakkan zikir dan doa tiap ketika
5) Membaca Al-Quran dan tafsirnya setiap kali selepas solat
6) Selawat ke atas Nabi SAW
7) Sentiasa bertaubat dan beristighfar
8) Selalu ingatkan mati dan pendekkan angan-angan
9) Meninggalkan yang haram dan syubhah
10) Takafur - Melihat kebesaran Allah SWT
11) Mengenali penyakit-penyakit hati seperti riak, dengki
12) Kenali pintu penyusupan syaitan dan cara-cara menghalangnya
13) Muhasabah diri secara berterusan

4:27 AM
Wednesday, June 18, 2008
- msnizam -


Sedekah pada setiap kesempatan

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:" Setiap anggota tubuh manusia mempunyai kesempatan untuk bersedekah setiap hari. Iaitu seperti mendamaikan dua orang yang berselisih, adalah sedekah. Monolong orang naik kenderaan atau menolong mengangkatkan barang ke atas kenderaan, itu pun sedekah. Ucapan atau tutur kata yang baik jua sedekah. Setiap langkah yang anda langkahkan untuk pergi ke solat, juga sedekah. Dan menyingkirkan sesuatu yang membahayakan di jalanan, adalah sedekah."


Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:" Setiap pagi dua malaikat turun mendampingi seorang hamba. Yang satu berdoa:" Ya Allah SWT! Berikanlah ganti bagi dermawan yang menyedekahkan hartanya." Dan malaikat yang satu lagi berdoa:" Ya Allah SWT! Musnahkanlah harta si bakhil."


Dari Haritsah bin Wahab r.a katanya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda:" Bersedekahlah kamu segera! Kerana di khuwatirkan akan terjadi kelak, seorang lelaki akan pergi ke mana-mana membawa sedekahnya, tetapi dijawab oleh orang yang hendak diberinya sedekah:" Kalaulah kelmarin kamu datang, aku akan terima sedekahmu. Sekarang aku tidak lagi memerlukan sedekah darimu." Akhirnya lelaki itu benar-benar tidak dapat menemukan orang yang menerima sedekahnya."


-Shahih Muslim-

9:47 PM
Tuesday, June 17, 2008
- msnizam -


:)


6:06 PM

- msnizam -


syafa'at
Dari Anas bin Malik r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:" Aku adalah orang yang pertama-tama jadi pembela kelak di akhirat. Dan aku adalah Nabi yang paling banyak pengikutnya dari sekalian Nabi-Nabi."

Dari Anas bin Malik r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:" Aku adalah orang yang pertama-tama menjadi pembela di syurga. Tidak seorang pun di antara Nabi yang mempunyai pengikut sebanyak umatku. Bahkan ada Nabi yang pengikutnya cuma seorang."

Dari Anas bin Malik r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:" Aku akan datang nanti ke syurga lalu aku meminta agar supaya pintu dibukakan. Malaikat penjaganya bertanya:" Siapa anda?" Jawabku:" Muhammad." Lalu kata penjaga:" Aku diperintahkan supaya tidak membuka pintu ini sebelum anda datang."

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:" Setiap Nabi mempunyai doa mustajabnya (doa yang pasti diperkenankan). Kerana itu para Nabi segera memanfaatkan doa itu tetapi aku akan memanfaatkan doa itu nanti di akhirat kelak untuk membela umutku. Insya Allah doaku itu akan mencapai setiap umatku yang mati dengan tidak menyekutukan Allah SWT."

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:" Setiap Nabi mempunyai doa yang segera didoakannya untuk menolong umatnya, lalu doanya itu akan diperkenankan oleh Allah SWT tetapi aku, insya Allah akan mengudurkan doaku itu untuk membela umatku kelak di hari kiamat."

Dari 'Abdullah bin 'Amru bin 'Ash r.a katanya:" Rasulullah SAW membaca firman Allah SWT yang menyebutkan doa Ibrahim a.s:" Ya Tuhanku! Sesungguhnya berhala-berhala itu telah menyesatkan kebanyakan manusia maka siapa yang mengikutiku, sesungguhnya dia termasuk golonganku..."[Ibrahim:36] Dan doa Isa a.s:" Jika Engkau siksa mereka maka sesungguhnya mereka adalah hamba-hambaMu dan jika Engkau mengampuni mereka maka sesungguhnya Engkau Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."[Maidah:118]. Lalu Rasulullah SAW mengangkat kedua tangannya sambil berkata:" Allahumma, ummati, ummati!! (Wahai Allah SWT!!Umatku!!Umatku!) Dan sesudah itu Rasulullah SAW menangis. Maka berfirman Allah SWT kepada Jibril a.s:" Hai Jibril!! Pergilah kepada Muhammad!- Dan sesungguhnya Tuhanmu Maha Tahu - Tanyalah kepadanya kenapa dia menangis."

Maka pergilah Jibril a.s kepada Rasulullah SAW bertanyakan kenapa beliau menangis. Rasulullah SAW lalu menceritakan kepada Jibril a.s kenapa beliau menangis dan menyatakan:" Padahal Allah SWT Maha Tahu." Maka firman Allah SWT:" Hai Jibril!! Pergilah kepada Muhammad dan katakanlah kepadanya:" Aku akan membolehkanmu membela umatmu dan tidak akan mengecewakanmu."

Dari Anas r.a katanya:" Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW:" Ya Rasulullah SAW! Di manakah tempat bapaku?" Jawab Rasulullah SAW:" Di neraka!" Ketika orang itu pergi, Rasulullah SAW memanggilnya semula seraya bersabda:" Sesungguhnya bapamu dan bapaku di neraka!"


-Hadist riwayat Al Imam Muslim-

3:38 AM
Sunday, June 15, 2008
- msnizam -


Menahan diri daripada kejahatan
Dari Sa'id bin Abi Burdah r.a, dari bapanya, dari kakaknya, dari Rasulullah SAW bersabda:" Setiap orang muslim wajib bersedekah." Lalu ada orang bertanya kepada Rasulullah SAW:" Bagaimana kiranya kalau dia tidak sanggup?" Jawab Rasulullah SAW:" Dia harus bekerja untuk mendapatkan manfaat untuk dirinya sendiri dan supaya dia dapat bersedekah."

Tanya orang itu lagi:" Bagaimana kalau dia tidak sanggup?" Jawab Rasulullah SAW:" Membantu orang-orang yang memerlukan pertolongan." Tanya orang itu lagi:" Bagaimana kalau dia tidak sanggup juga?" Jawab Rasulullah SAW:" Mengajak kepada kebajikan atau kebaikan." Tanya orang itu lagi:" Bagaimana kalau dia masih tidak sanggup?" Jawab Rasulullah SAW:" Menahan diri sendiri dari berbuat kejahatan, itu pun adalah dikira sebagai sedekah."

10:20 PM
Friday, June 13, 2008
- msnizam -


menghindarkan diri daripada neraka
Dari 'Aishah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:" Manusia diciptakan Allah SWT mempunyai tiga ratus enam puluh ruas. Maka siapa yang membaca takbir, tahmid, tasbih, tahlil, dan istighfar, menyingkirkan batu, duri, atau tulang dari jalan yang dilalui orang, serta mengajak orang kepada kebajikan dan mencegah kepada yang mungkar sebanyak tiga ratus enam puluh kali, nescaya dia terhindar dari api neraka pada hari itu."

10:17 PM

- msnizam -


Banyak cara untuk bersedekah
Dari Abu Dzarr.a katanya,beberapa orang sahabat Rasulullah SAW pernah berkata kepada Rasulullah SAW:" Kaum hartawan dapat memperoleh pahala yang lebih banyak. Mereka solat seperti mana kami solat, puasa seperti mana kami puasa dan bersedekah dengan sisa harta mereka."

Jawab Rasulullah SAW:" Bukankah Allah SWT telah menjadikan berbagai-bagai cara untuk kamu bersedekah? Setiap kalimah tasbih adalah sedekah, setiap kalimah takbir adalah sedekah, setiap kalimah tahmid adalah sedekah, setiap kalimah tahlil adalah sedekah, amar ma'ruf dan nahyi munkar ( mengajak kepada kebaikan dan melarang kepada keburukan ) adalah sedekah. Bahkan pada kemaluan pun terdapat unsur sedekah."

Tanya mereka:" Kalau begitu, dapat pahalakah kami apabila kami memuaskan nafsu kami?"
Jawab Rasulullah SAW:" Kalau kamu lakukannya dengan cara yang haram, kamu akan berdosa. Sebaliknya jika kamu melakukannya dengan cara yang halal, maka dapat pahala."

10:10 PM

- msnizam -


mengendalikan marah
Dari Sulaiman bin Shurad r.a katanya: " Dua orang lelaki seling memaki berhampiran Rasulullah SAW sehinga salah seorang dari mereka merah matanya dan tegang urat lehernya. Maka bersabda Rasulullah SAW:" Sesungguhnya aku tahu suatu kalimah yg andai kata dia membacanya nescaya hilang marahnya. Kalimah itu ialah : A'udzubillahi minasy syaitanir rajim. (Aku berlindung dengan Allah dari kejahatan syaitan yg terkutuk)."

Dari Anas r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:" Ketika Allah SWT membentuk tubuh Adam di dalam syurga, Allah SWT meninggalkannya beberapa lama. Sementara itu iblis datang mengelilingi dan memperhatikan apa yg sedang di perbuat oleh Allah SWT. Ketika dilihat oleh iblis yg tubuh itu berongga, tahulah dia bahawa Adam diciptakan sebagai makhluk yg tidak dapat mengawal diri."

10:04 PM
Thursday, June 12, 2008
- msnizam -


hantu dan tabu
Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:" Tidak ada penularan, tidak ada mayat bangun menjadi hantu di tanah kubur, tidak ada binatang tertentu yg muncul menyebabkan hujan dan tidak ada tabu di bulan Shafar."

9:56 PM

- msnizam -


wahai jiwa!!
Jiwa yang kosong tanpa pengisian..
Umpama orang yang lapar mencari makanan..

9:50 PM

- msnizam -


Kempen menjauhi friendster ;;)
http://www.tsaqifblog.blogspot.com/

3:44 PM

- msnizam -


may i?
may i make this day a special 0ne,
by investing & not spending,
by living & not occupying,
by loving & not fearing,
by enjoying & not destroying,
by working & not idling,
by learning & not wasting,
by praying & not yelling...

6:29 PM
Wednesday, June 11, 2008
- msnizam -


my snow white

Why do birds suddenly appear

Every time you are near?

Just like me, they long to be

Close to you.


Why do stars fall down from the sky

Every time you walk by?

Just like me, they long to be

Close to you.




5:33 PM

- msnizam -


Nak beli kuih bang?
Hari itu, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki - berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

'Abang nak beli kuih?' Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya."Tak apalah dik...Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas. Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja."Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya."Abang baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut. Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat.

Setiap yang lalu ditanya... " Tak nak beli kuih saya bang.. Pak cik... Kakak atau makcik." Molek budi bahasanya!

Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu , membetulkan duduk dan menutup pintu.

Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang", katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya. Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

" Ambil ni dik! Abang sedekah... Tak payah abang beli kuih tu" saya berkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.

Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya. Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak- kanak itu. "Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa adik berikan duit abg tadi pada pengemis tu? Duit tu abg bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya."Bang, saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. "Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma ngangguk. Lidah saya kelu nak berkata."RM25 saja bang.....!

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu. Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan.

Dalam perjalanan ke K. Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatim kah?? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya?? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapt menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkn saya, siapa kita sebenarnya!!!

karya asal oleh:
ANNURSOLEHAH

1:56 AM
Tuesday, June 10, 2008
- msnizam -


mempertahankan harta
Dari Abu Hurairah r.a katanya:" Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW lalu bertanya:" Ya Rasulullah SAW!! Bagaimanakah pendapat anda jika seseorang datang kepadaku untuk merampas hartaku?" Jawab Rasulullah SAW," Jangan berikan, pertahankan hartamu." Tanyanya lagi," Jika dia hendak membunuhku?" Jawab Rasulullah SAW," Bunuhlah dia." Tanyanya lagi," Bagaimana andai kata aku yg terbunuh?" Jawab Rasulullah SAW," Kau mati syahid." Tanyanya lagi," Dan bagaimana pula jika dia yg terbunuh?" Jawab Rasulullah SAW," Dia akan masuk ke dalam neraka."

11:53 PM
Monday, June 9, 2008
- msnizam -


syair imam syafie
Imam Syafie dengan rendah hati berkata dalam sebuah syairnya:

Aku suka orang-orang soleh,
padahal aku bukan termasuk golongan mereka
Harapanku hanyalah agar aku juga mendapat syafaat kelak bila bersama mereka
Dan aku benci orang-orang yang maksiat adalah perdagangannya
Padahal, aku sendiri barangkali saja seperti mereka.

7:32 PM
Sunday, June 8, 2008
- msnizam -


islam mula-mula asing
Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:" Islam pada mulanya asing dan akan kembali menjadi asing seperti semula. Maka berbahagialah kiranya yg terasing."

Dari Ibnu 'Umar r.a katanta Rasulullah SAW bersabda:" Sesungguhnya islam itu pada mulanya asing dan akan kembali asing sebagaimana mula. Dia akan kembali kepada dua masjid sebagaimana ular kembali ke sarangnya."

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:" Sesungguhnya iman itu akan kembali ke Madinah seperti mana ular kembali ke sarangnya."

9:15 PM
Saturday, June 7, 2008
- msnizam -


bisikan-bisikan hati
Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:" Sesungguhnya Allah SWT tidak akan mengambil peduli terhadap umatku selama mereka berbicara hanya dengan hatinya tetapi belum di ucapkannya atau belum dilaksanakannya."

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:" Allah SWT berfirman kepada malaikat-Nya:" Apabila hambaku berniat hendak melakukan kejahatan, janganlah kamu tuliskan. Apabila dia telah melakukannya, tuliskanlah baginya satu kejahatan. Apabila dia berniat hendak berbuat kebaikan, tetapi belum dilaksanakannya, tulislah baginya satu kebajikan dan apabila dilaksanakannya, tulislah untuknya sepuluh kebajikan."

9:10 PM

- msnizam -


memberi contoh yg baik
Dari Mundzir bin Jarir r.a dari bapanya,katanya:" pada suatu pagi ketika kami berada dekat dengan Rasulullah SAW, tiba-tiba datang serombongan orang tanpa sepatu dan berpakaian selembar kain yg diselimutkan ke badan mereka sambil menyandang pedang. Kebanyakan mereka bahkan mungkin seluruhnya berasal dari suku Mudhar. Ketika Rasulullah SAW melihat mereka, wajah Rasulullah SAW serta merta berubah kerana terharu melihat kemiskinan mereka. Beliau masuk kedalam rumahnya dan kemudian keluar semula. Maka disuruhnya Bilal adzan dan qamat, sesudah itu Rasulullah SAW bersolat.

Sesudah solat, Rasulullah SAW berpidato. Beliau membacakan firman Allah SWT:" Hai manusia!! Bertaqwalah kamu kepada Tuhanmu yg menciptakan kamu daripada satu diri, dan daripadanya Allah SWT menciptakan isterinya, kemudian dari keduanya Allah SWT mengembang biakkan lelaki dan perempuan yg banyak. Dan bertaqwalah kepada Allah SWT yg dengan menyebut nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan peliharalah hubungan silaturohim. Sesungguhnya Allah SWT selalu mengawasi kamu." [An Nisa': 1]

"Hai orang-orang yg beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan hendaklah setiap orang memperhatikan apa yg telah diperbuatnya untuk hari esok[akhirat], dan bertaqwalah kepada Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui apa yg kamu kerjakan." [Al-Hasyar:18]

Mendengar khutbah Rasulullah SAW itu, serta merta seorang lelaki menyedekahkan wangnya, pakaiannya, segantang gandum dan segantang kurma, sehingga Rasulullah SAW bersabda:" Sekalipun sebelah buah kurma." Maka datang pula seorang lelaki Anshar membawa sebuah bekas yg hampir tak tergenggam dan tak terangkat. Demikianlah, akhirnya orang-orang lain pun mengikuti pula memberikan sedekah mereka, sehingga kelihatan olehku sudah terkumpul dua tumpuk makanan dan pakaian, sehingga kelihatan olehku wajah Rasulullah SAW menjadi ceria seolah-olah bagaikan bersepuh emas.

Maka Rasulullah SAW bersabda:" Barang siapa mengerjakan pekerjaan baik dalam islam maka dia memperoleh pahalanya daripada orang-orang yg mencontohi perbuatannya itu tanpa mengurangi pahala mereka masing-masing. Dan siapa yg melaksanakan pekerjaan jahat maka dia akan mendapat dosanya dan ditambah dengan dosa orang-orang yg mencontohi perbuatan buruknya itu tanpa mengurangi dosa mereka masing-masing."

10:15 PM
Thursday, June 5, 2008
- msnizam -


tidur sepanjang malam sehingga subuh
Dari 'Abdullah r.a katanya:" Diceritakan orang kepada Rasulullah SAW tentang seorang lelaki yg tidur sepanjang malam sehingga subuh. Maka bersabda Rasulullah SAW," Orang itu telah di kencing oleh syaitan kedua belah telinganya."

Dari 'Ali bin abi Talib r.a katanya:" Pada suatu malam rasulullah SAW mendatangi rumah kami iaitu rumahku bersama dengan Fatimah seraya berkata," Apakah kalian tidak bersolat?" Jawabku:" Ya Rasulullah SAW! Sesungguhnya diri kami di tangan Allah SWT. Bila Dia menghendaki kami bangun tentu kami akan bangun."

Mendengar apa yg aku ucapkan itu, beliau pergi. Kemudian terdengar olehku beliau memukul pahanya sambil berkata:" Memang manusia itu suka membantah. [Al-Kahfi:54]"

9:16 PM
Wednesday, June 4, 2008
- msnizam -


Al-Quran and Numbers

9:07 PM

- msnizam -


waktu-waktu yg terlarang solat
Dari Abu Hurairah r.a katanya:" Bahawasanya Rasulullah SAW melarang solat sesudah solat asar hingga matahari terbenam dan sesudah solat subuh hingga matahari terbit."

Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:" Tidak boleh solat sesudah Asar hingga terbenam matahari dan tidak pula boleh solat sesudah solat Subuh hingga matahari terbit."

Dari Ibnu 'Umar r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:" Janganlah kamu menunggu-nunggu waktu solat kerana sengaja hendak solat tepat pada waktu matahari terbit dan jangan pula pada waktu matahari terbenam."

Dari Ibnu 'Umar r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:" Apabila pinggir matahari telah mulai nampak maka undurkanlah solat sampai matahari itu agak tinggi dari tepi langit. Dan apabila pinggir matahari itu telah mulai hilang maka undurkanlah solat sampai dia hilang sama sekali."

dari Abu Bashrah Al Ghifari r.a katanya:" Pada suatu ketika Rasulullah SAW mengimami kami solat Asar di Mukhammash. Maka bersabda beliau:" Sesungguhnya solat Asar ini pernah juga di wajibkan kepada orang-orang yg sebelum dari kamu tetapi mereka sia-siakan. Kerana itu siapa yg memelihara solat ini, dia mendapat pahala berganda. Dan tidak boleh solat sesudahnya sehingga terbit bintang."

Dari 'Uqbah bin 'Amir Al Juhani r.a katanya:" Ada tiga waktu di mana Rasulullah SAW melarang kita solat dan menguburkan jenazah pada waktu-waktu tersebut.
1) Pada saat matahari terbit sehingga dia agak tinggi.
2) Pada saat matahari berada tepat di pertengahan langit (tengahari tepat) sehingga dia condong ke arah barat.
3) Pada saat matahari terbenam sehingga dia telah tenggelam sama sekali.

10:29 PM
Monday, June 2, 2008
- msnizam -


melambatkan solat dari waktunya
Dari Abu Dzar r.a katanya: Rasulullah SAW bertanya kepadaku sambil menepuk pahaku: Apa yg akan engkau lakukan jika engkau berada dalam lingkungan kaum yg suka melalaikan solat dari waktunya?" Jawabku," Apa perintah anda kepadaku?" Sabda beliau:" Solatlah pada waktunya sekalipun engkau perlu solat bersendirian. Sesudah itu selesaikanlah segala urusanmu. Jika kebetulan orang solat berjemaah dan engkau masih berada di dalam masjid, maka solatlah pula engkau bersama dengan mereka."

2:06 PM
Sunday, June 1, 2008
- msnizam -











I Think Therefore I Am






Free Hit Counters
Free Counter






[UstazFauzi]
[dakwahniaga]
[drmaza]
[PPMK]
[hadistharian]
[NurIman Korea]
[Batch65]
[SurauDYTC]
[Hadist40]
[Al-Quran Online]
[ILuvIslam]
[KalamYgBerbicara]

  • Demi Masa














  • April 2008
    May 2008
    June 2008
    July 2008
    August 2008
    September 2008
    October 2008
    June 2009


    I Think Therefore I Am


    Ghurabaa
  • Ceramah
  • I'm listening to