Memories of Nobody
Solat terawih
Dari 'Urwah binti Zubair katanya 'Aisyah bercerita kepadanya," Rasulullah SAW pernah keluar tengah malam lalu beliau solat di masjid. Mula-mula beliau di ikuti oleh beberapa orang sahabat tetapi mereka mengkhabarkan kepada sahabat-sahabat yg lain bahawa Rasulullah SAW solat di masjid sehingga sahabat-sahabat yg mengikuti beliau bertambah banyak. Malam kedua beliau keluar pula dan para sahabat bertambah ramai mengikuti beliau solat dan pada malam ketiga masjid sudah penuh dan malam keempat masjid sudah tidak mampu untuk menampung bilangan jemaah yg ramai tetapi Rasulullah SAW tidak keluar lagi kepada mereka. Kerana itu beberapa orang lelaki di antara mereka berkata," Solat!!" Namun Rasulullah SAW tidak keluar daripada rumah mendapatkan mereka sehingga subuh. Setelah selesai solat subuh, beliau menghadap ke arah jemaah, kemudian beliau tasyahud lalu bersabda:" Aku tahu apa yg kamu semua lakukan malam tadi tetapi aku takut kalau solat terawih itu menjadi wajib ke atas anda semua sehingga anda semua tidak sanggup mengerjakannya.
12:19 AM
Thursday, May 29, 2008
- msnizam -