Mati dalam kalimah Lailaha illallah
Dari 'Ubadah bin Shamit r.a katanya Rasulullah SAW bersabda," Sesiapa yg mengucapkan pengakuan syahadat: Aku mengaku tiada Tuhan selain daripada Allah SWT, tiada sekutu bagi-Nya dan bahawa Muhammad Rasulullah, dan bahawa 'Isa hamba Allah SWT, anak wanita hamba sahaya-Nya dan kalimah-Nya yg ditujukan-Nya kepada Mariam dan Ruh daripada-Nya dan bahawa syurga dan neraka itu ada. Allah akan memasukkannya ke dalam syurga melalui salah satu pintu dari delapan pintu yg dikehendaki-Nya."Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda," Iman mempunyai lebih dari tujuh puluh atau enam puluh cabang. Cabang yg utama ialah mengucapkan ' La ilaha illallah ' dan yg paling rendah ialah menyingkirkan bahaya daripada jalan dan malu adalah salah satu cabang dari Iman."
10:23 PM
Saturday, May 31, 2008
- msnizam -