Tentang kemushkilan agama..
assalamualaikum.Baru ja lepas terbaca artikel soal jawab tentang hukum memberi daging kurban or akikah kepada jiran tetangga kita yg bukan islam.Dalam artikel tu di nyatakan bahawa di bolehkan utk umat islam memberikan daging kurban atau akikah kepada jiran tetangga yg bukan islam selagi mereka tidak berdiri memerangi umat islam.Kita digalakkan berbuat baik kepada mereka sebagai cara utk menawan hati mereka supaya mereka melihat islam itu satu agama yg adil.Satu agama yg mementingkan semangat kejiranan walaupon berlainan agama.
Dalam ayat 8-9 Surah Al-Mumtahanah, Allah SWT berfirman,"Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim".
Dapatlah di lihat disini bahawa islam tidak langsung melarang drpd daging kurban atau akikah drpd sampai ke tangan jiran bukan islam.Malah menggalakkan agar diagihkan juga kepada mereka agar mereka tertarik dgn islam. Dalam masyarakat kita masa kini,banyak pihak yg mengabaikan dan menganggap bahawa daging kurban tidak patut di agihkan kepada org bukan islam.
Malah ada sesetengah kawasan yg mengasingkan tulang atau daging kurban utk diberikan kepada org2 yg membantu menyembelih dan melapah binatang itu. Disini harus di ingat kan kepada semua pihak bahawa daging kurban tidak harus di jadikan bahan utk menebus tenaga mereka yg bertugas menyembelih dan melapah binatang kurban itu. Kerana daging binatang kurban itu haruslah dibahagikan sama rata utk di agih2kan kepada org lain dan tidak sepatut nya di asingkan utk org2 yg menyembelih. Saya x berapa ingat dalil tentang pengagihan daging binatang kurban ni tp pembaca bolehlah dgr drpd koleksi audio mufti Perlis.Ada saya sedia kan link website musti tu kat blog ni. Dalam hal, org yg empunya binatang kurban itu boleh memberikan upah kepada org2 yg menyembelih dan melapah binatang tu DARIPADA hasil atau duit saku nya sendiri tetapi dilarang sama sekali utk memberikan upah dr bahagian daging kurban itu kerana fakir miskin atau org2 yg sepatutnya menerima daging itu lebih berhak atas daging itu drpd org2 yg melapah.
Jauh la pulak bercerita.Waha.Cuma teringat ttg banyak kawasan yg melakukan seperti ini.Daging kurban sebagai upah penyembelih dan pelapah.Mungkin ramai yg x mengetahui ttg hukum2 pembahagian daging kurban ni.IAllah nnt saya akan tulis semula ttg hukum pembahagian daging kurban ni.IAllah.
Allah bless u.
Assalamualaikum.
12:11 AM
Monday, April 14, 2008
- msnizam -