Sujud sahwi ( sujud lupa )
Dari Abdullah r.a katanya:" Pada suatu hari Rasulullah SAW solat melebihi atau kurang daripada jumlah rakaat yg semestinya. Setelah beliau memberi salam, ditanyakan orang kepadanya: " Ya Rasulullah SAW !! Apakah ada perubahan dalam solat?"Tanya Rasulullah SAW, "Mengapa kau bertanya begitu?".Jawab mereka, " Anda solat begini, begini, bigini." Lalu beliau segera menyimpuhkan kakinya menghadap ke arah kiblat dan kemudian sujud sebanyak dua kali dan sesudah itu memberi salam. Kemudian dia berpaling menghadapkan mukanya kearah kami seraya bersabda, "Jikalau ada suatu perubahan tentang cara-cara bersolat, tentulah aku sudah beritahu kepada kamu semua. Aku adalah manusia pelupa seperti kamu semua juga. Kerana itu, apabila aku terlupa, ingatkanlah aku. Dan apabila kamu ragu-ragu tentang jumlah rakaatnya, ambillah yg pasti ( iaitu jumlah yg sedikit ) , lalu cukupkanlah. Kemudian sujudlah dua kali."
7:23 PM
Sunday, April 27, 2008
- msnizam -