KEutamaan solat berjemaah
Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi SAW bersabda:" Pahala solat berjemaah melebihi pahala solat bersendirian dua puluh lima kali darjat. Malaikat malam dan malaikat siang bertemu pada waktu Subuh."Kata Abu Hurairah r.a selanjutnya," Kerana itu bacalah Al-Quran pada waktu Subuh kerana membacanya waktu Subuh disaksikan para malaikat."Dari Abu hurairah r.a katanya seorg lelaki buta datang kepada Rasulullah SAW lalu dia bertanya:" Ya Rasulullah SAW! Aku ini buta. Tidak ada org yg akan menuntun aku pergi ke masjid utk solat berjemaah. Lalu dia meminta agar Nabi SAW membolehkannya solat di rumahnya. Mula2 Nabi SAW membolehkannya tetapi setelah org itu pergi belum begitu jauh, Nabi SAW memanggilnya kembali, seraya bertanya," Adakah azan solat terdengar di rumah anda?" .Jawa org buta itu," Terdengar ya Rasulullah SAW!". Sabda Nabi SAW," Kalau begitu, penuhilah panggilan azan itu."
3:19 AM
Monday, April 21, 2008
- msnizam -