Memories of Nobody
bumi tempat sujud
Dari Anas bin Malik r.a katanya:" Ketika Rasulullah SAW baru tiba di Madinah, mula-mula sekali beliau berhenti di bahagian atas, iaitu di perkampungan Bani 'Amr bin 'Auf. Beliau tinggal di sana selama 14 malam.Kemudian beliau mengirim utusan kepada pemimpin-pemimpin Bani Najjar meminta mereka datang, lalu mereka datang dengan menyandang pedang. Kata Anas r.a."Seolah-olah aku masih terlihat Rasulullah SAW di atas kenderaan beliau sedangkan para pemimpin Bani Najjar mengelilinginya di halaman Abu Ayyub.""Pada masa itu Rasulullah SAW solat kerana telah masuk waktu solat, dan beliau solat di kandang kambing. Kemudian beliau memerintahkan agar didirikan masjid. Untuk itulah Rasulullah SAW mengundang pemimpin Bani Najjar, sehingga mereka datang. Sabda Rasulullah SAW," Hai Bani Najjar !! Juallah kepadaku kebun anda ini!!"Jawab mereka," Tidak ! Demi Allah SWT ! Kami tidak akan meminta harga ganti rugi, melainkan hanya kepada Allah SWT."Kata Anas di kebun itu ada pohon-pohon kurma, kubur orang-orang musyrik dan runtuhan bangunan. Kerana itu Rasulullah SAW memerintahkan supaya di tebang pohon-pohon kurma itu, membongkar kubur-kubur orang musyrik , dan meratakan runtuhan bangunan-bangunan itu. Sesudah itu mereka susun pohon-pohon kurma menjadi bangunan menurut arah kiblat dan pintunya di buat daripada batu.Kata Anas selanjutnya, "Sambil bekerja mereka menyanyikan lagu-lagu antara lain: "Wahai Allah SWT !! Tidak ada kebaikan melainkan kebaikan di akhirat. Kerana itu tolonglah kaum Anshar dan kaum Muhajirin."
9:02 PM
Monday, April 28, 2008
- msnizam -